Wednesday 26 June 2019

Aidilfitri 2019

Salam. Aidilfitri kali ni aku first raya di rumah mertua. Tak jauh beza pun sebab jarak rumah family aku dalam 1 jam and raya kedua dah balik kampung aku. Umur makin meningkat ni raya rasa macam biasa je. Excited nak beraya tu ada la tambah-tambah ada anak kecik tapi masih sambut secara bersederhana, jangan membazir.

Raya pertama jatuh hari Rabu. Aku raya ketiga dah start kerja which is hari Jumaat. Jadinya the following week Isnin and Selasa baru aku cuti. Itupun rasa macam dah cukup lama cuti. Puas la beraya. Sampaikan si kecik tu demam.


Bila ada family sendiri ni, seronok tu lain macam and kita tak pikir diri sendiri je. Pikir suami and anak jugak. Walaupun anak aku tu baru sorang je, tapi jenuh jugak nak mencarik baju si kecik tu. Apa yang ok and tak. Nak-nak part carik baju kurung.

Alhamdulillah raya tahun ni memang kami sehabis mungkin minimize kos. Nak buat apa keluar berhabis jap lagi diri sendiri jugak yang susah. Sampai saat entry ni ditaip aku masih memenuhi undangan open house dealer, branch and kawan-kawan yang lain. 



2 comments:

ezy.fia said...

lain mcm skit perasaan nk raya tu bila ade ank kan..
terlebih excited nk beli baju raya ank.. haha

selamat hari raya aidilfitri =)

Zie Madini said...

salam aidil fitri. Belum lagi zie up entry raya. haha.

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman