Monday, 23 September 2019

Parking Di KLIA VS Lain-lain

Salam. Baru-baru ni aku ke KLIA untuk jemput my MIL balik dari mengerjakan haji. Alhamdulillah semuanya selamat. Kali ni aku nak bercerita dekat korang pasal isu parking di KLIA. Parking ni memang benda penting kan?
Sebenarnya ada pelbagai pilihan lain selain kita drive sendiri ke KLIA dan parking kat sana. Parking di KLIA selesa dan sangat banyak tapi ratenya agak tinggi iaitu RM46 sehari manakala untuk hari keempat dan seterusnya RM20 sehari. Bagi aku, rate ini agak tinggi terutama untuk travellers yang travel lebih daripada 5 hari. Kalau decide untuk drive, mungkin boleh cuba beberapa parking yang tak jauh daripada KLIA macam parking di Putrajaya Sentral dan Salak Tinggi. Kedua-dua parking ni mempunyai rate yang kurang daripada RM10 sehari. Jauh lebih murah daripada parking di KLIA tadi. 



Credit to : Google
Tapi kita kena ambil kira tiket KLIA Transit atau ERL ni untuk 2 hala. Bagi aku, masih berbaloi untuk pilihan parking di kedua-dua station ni. Sebab korang boleh je dapatkan get top KLIA transit deals dekat Traveloka dan lain-lain website. Aku memang suka guna Traveloka ni sebab selalu buat promosi yang berbaloi. Selain tu, ada beberapa perkara lain yang korang kena ambil kira kalau nak parking di sini.



  • Luggage - Kalau korang bawa luggage yang berat, mungkin agak susah lah untuk carry luggage tu. Tapi bagi aku, bukan masalah besar pun. Apa ada hal kan. Hee. Kalau korang jenis yang bag pack, parking macam ni memang okay sangat.
  • Convenient - Selain daripada luggage tadi, kena ambil kira jugak pasal keselesaan dari segi masa boarding and arrival. Yelah kalau flight sampai tengah malam, ERL masih tak beroperasi untuk kedua-dua lokasi ni. Jadi nanti kena tunggu dulu dekat airport semua. Jenuh. Dan selain itu, kena ambil kira juga dengan siapa kita travel. Kalau kita travel dengan family yang ada anak kecil dan warga emas, mungkin dengan meletakkan kereta di sini akan memberikan ketidakselesaan untuk mereka. Yelah dengan nak berjalan ke ERL lagi, nak bawa budak lagi, belum kira budak-budak yang jenis berlari sana sini susah nak kawal tu.

Jadi, nasihat aku lepas dah settle beli tiket flight dan lain-lain yang penting, rancanglah perjalanan nak ke KLIA dengan baik. Dekat mana nak parking? Sesuai ke tak dengan masa flight semua? Kos parking berapa?

Selain daripada korang drive sendiri, banyak je alternative lain yang boleh dipilih untuk ke KLIA ni. Traveloka ada sediakan airport express untuk kita pilih cara yang terbaik untuk ke KLIA tu. Boleh pilih lah masih nak stick dengan ERL atau boleh pilih bas dan airport taxi. Ini semua bergantung pada situasi kita dan juga bajet kita. 


Pergi search sekarang and korang akan tau lagi details
Aku suka jugak menggunakan airport taxi ni terutama kalau dah tempah melalui Traveloka sebab mudah, murah dan selesa. Aku tak payah fikir nak angkut beg yang berat tu dari kereta ke ERL dan sebagainya. Airport Taxi ni boleh terus ambil kita dari depan pintu rumah terus ke pintu balai perlepasan KLIA, begitu jugak sebaliknya. Memang best choice kalau waktu ketibaan atau perlepasan kita tengah-tengah malam. Pemandu ni boleh tunggu kalau flight kita delay atau ada apa-apa masalah yang mengambil masa untuk kita keluar daripada airport tu. Boleh je inform diorang. 

Pilihan terakhir dan semestinya murah untuk ke KLIA ni dengan menaiki bas. Bagi aku bas ni sangat sesuai untuk traveller yang jenis backpack. Sebab tak ada carry luggage, nak bergerak pun senang. Lagipun selalunya backpackers ni jenis yang nak meminimumkan kos. Jadi memilih bas untuk ke KLIA adalah pilihan yang agak jimat dan mudah. Sebab bas ni memang akan terus ke KLIA. 

Jadinya, jangan kita sempitkan fikiran kita untuk ke KLIA kita mesti park kereta kat sana je. Banyak lagi alternative lain yang bagus bergantung pada situasi kita. Sebagai kaki travel jenis backpack dan berada dalam kumpulan yang kecil (4 orang), aku suka gunakan airport taxi atau park kereta di Putrajaya Sentral dan naik ERL ke KLIA. Sebab kedua-duanya ini lebih selesa dan kos boleh dibahagikan kepada 4 orang kecuali tiket ETS. 


Sekarang semua di hujung jari je. Senang!

So korang nampak tak choice lain yang ada? So, jadilah pengguna yang bijak!

Tuesday, 30 July 2019

6 months in Proton Commerce

Salam. Alhamdulillah. Dari 18/2 sampai ke hari ni aku masih bertahan. Masih belajar. Seronok buat something yang kita tak tau before. Belajar benda baru tambah skill and tambah ilmu right?

Proton Commerce. Joint venture company within Proton Edar and CIMB Bank. System, approval, loan, all from CIMB

Sepanjang 6 bulan ni aku rasa perubahan one thing berat makin naik. Haha. Dulu mula-mula kerja relax-relax lagi, sekarang orang office pun tegur aku ni asyik nampak nak cepat, jalan laju-laju and nampak terkejar-kejar. Biasala banyak benda nak buat.

Ikutkan masa kerja 8 pagi sampai 6 petang. Tapi kita sendiri kena manage masa kita. Mana nak key in case, pergi CIMB and round dealer. Mula-mula dulu aku memang kekok, tak berapa nak reti bila pergi dealer showroom. Tapi lama-lama ni alhamdulillah get used.

With my branch team. Meja Sales Advisor yang on duty. Nampak kat belakang tu ada customer tengah tengok kereta

Ini showroom one of dealer yang aku jaga. Yang ni 3S. So memang besar and luas

Ni antara 1 contoh event. Waktu ni X70 event

Ni gift dari kami waktu dealer's launching. Gambar event mana entah tak jumpa. Maybe terdelete

Pembantu Ibu. Memang aku selalu bawak si kecik ni kalau event hujung minggu. Waktu ni event dekat dealer and memang ada sudut untuk mainan budak-budak. Senyap la dia

Anyway, aku hanya handle loan. Kalau korang ada yang nak beli kereta Proton, boleh ke branch/dealer berdekatan. Ada Iriz and Persona baru, Saga baru pun akan keluar tak lama lagi, Exora baru and X70 yang memang cantik!

Friday, 28 June 2019

Cari kerja pun ada 'SCAMMER'?

Salam. Sekarang ni rasa semua benda tak selamat. Ada je penipuan di mana-mana. Biasa kita dengar dapat call dari bank, tunggakan itu ini and suruh bank in cepat la apa semua kan? Ni nak carik kerja pun ada scammer jugak?

Aku memang selalu carik peluang kerja baru. Memang selalu scroll. Jobstreet, Jobstore, LinkedIn, Indeed and macam-macma lagi la termasuk SPA jugak. Peluang kerja baru sentiasa ada terpulang kita nak grab peluang yang ada. Of course kita nak gaji yang lebih tinggi kan? Tapi bila ada company yang amik kesempatan ni jadi tak syok. Menganiaya namanya.

Bila dapat satu-satu offer interview, aku memang akan selidik dulu company tu apa. Position tu macma mana. Tapi kalau aku dah puas google tak jumpa jugaksampai jenuh jari ni mencarik, macam mana pulak? Tu tanda-tanda company tak wujud.


Aku search pulak ikut alamat. And yes, aku jumpa blog, forum yang membincangkan isu scam. Nama company walaupun berlainan, alamat yang sama.

Kalau korang tengok, dia offer gaji memang menarik. Position and kerja pun nampak macam tak rumit kan?

Tapi hasil dari apa yang aku search and baca, company ni tak provide basic pun. Dia akan suruh kita carik orang untuk invest. Itupun product yang tak secure. Lain la dah terang-terang macam CWA, Public Mutual, tak pe lah.


So be careful out there! Scammer ni macma-mcam jenis. Kesian untuk orang yang memang perlukan sangat kerja tapi kena mcam ni.
 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman