Friday, 19 April 2019

PBAKL 2019

Salam. Yang mengenali aku memang tau aku ni penggemar novel. Setiap bulan, aku mesti akan ada stok novel baru. Pendek kata sebelum habis satu-satu novel aku baca tu mesti dah ada prepare yang lain. Tak boleh kalau tak membaca. Itu memang untuk isi masa aku or my 'me time'.

Walaupun anak tengah membesar, kadang aku curik jugak masa baca sikit-sikit. Haha. Actually tak terhad sangat pada novel cuma novel tu memang wajib la. Aku baca jugak buku-buku lain as long as interesting.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) memang acara wajib aku setiap tahun dari zaman diploma dulu tahun 2009. Setiap tahun mesti check kalendar bila PBAKL. Membuak-buak perasaan nak pergi. Haha. 

Untuk tahun ni, aku pergi ber-3 dengan husband and anak. Tahun lepas aku tak dapat pergi sebab anak aku baru 4 bulan. PBAKL kali ni pun diawalkan sebulan. Biasanya hujung bulan April sampailah minggu pertama bulan Mei. Tapi tahun ni start 29 Mac sampai 7 April. Maybe because of bulan puasa awal bulan depan.

Aku memang ada novelis favourite. Of course la dah nama pun peminat novel. And my fovourite novelis is Suri Ryana. Aku kenal penulisan beliau melalui novel yang pertama, MAID. Tu pun aku dapatkan dari PBAKL hasil suggestion kawan. And now aku dah follow sampai novel terbaru and ke-8 beliau, MARRY ME, SENORITA. Means aku dah beberapa kali jumpa Suri Ryana ni. Even kalau sebut nama pun dia dah naik kenal dah sebab lama dah aku follow.

Tengok la budak kecik ni takut orang

Ni lagi la dia takut bila orang nak peluk

Aku suka suasana yang penuh buku. Maybe sebab dari kecik parent ajar. Even dapat result exam bagus pun Ibu Ayah akan hadiahkan buku. And aku terapkan buku untuk anak kecik aku yang baru 1 tahun 4 bulan ni. Aku belikan buku untuk dia. So far dia rajin bukak buku dia dekat rumah tapi mesti nak tangan Ibu yang tunjuk. Aiyakk..

Ni antara gambar lain PBAKL 2019 yang baru je melabuhkan tirai dekat PWTC. 

Senyum senget dapat belon! Ikutkan tak dapat tapi dia pergi mintak dekat orang booth

My small family

Ni dekat level atas

Si kecik tengah pilih buku. Konon pandai sangat

InshaaALLAH panjang umur jumpa PBAKL 2020 pulak. Aminnn...


Wednesday, 20 March 2019

Hello Proton Commerce!

Salam. Syukur alhamdulillah, aku anggap ni memang rezeki yang tak dijangkašŸ˜Š. Aku tender AmBank actually decide nak join tempat lain then cuma Letter Offer aku tak sign lagi. Then suddendly aku dapat call untuk attend interview. Aku pernah pergi interview dekat this company dalam bulan Jun 2018 but at that time aku tak dapat. Katanya branch aku mintak tak da kosong.

So kali ni dia call aku balik untuk interview. Honestly aku memang tak letakkan harapan pun. Or 15% maybe? Sebab ni second time aku ke sini. HR inform sebelum interview, boss dia yang pernah jumpa aku dulu mintak aku attend back. Jadi aku mencuba lagi.

Nikmat Allah mana lagi hendak didustakan? Rezeki Allah bagi, 3 hari lepas interview, aku dapat call offer and Isnin minggu berikutnya terus report duty.



Untuk mana yang tak tahu, Proton Commerce adalah company joint venture company Proton Edar Sdn Bhd and CIMB Bank. That's why namanya Proton Commerce. Based on nama asal CIMB, Bumiputra Commerce. Dekat sini, aku servis dealer and proses loan kereta Proton untuk CIMB Bank.

Training 18/2/19 - 22/2/19
Untuk seminggu ni aku training dekat HQ Proton, Subang Jaya. Pagi Isnin aku dah bawak luggage untuk check in petang dekat hotel. Untuk first day ni aku buat medical check up dulu then cuma go through business rules and dari HR. 

Accomodation hotel dekat Seksyen 13, Shah Alam, Alami Garden Hotel. Alhamdulillah selesa and aku stay sorang. Penat sebenarnya travel then dapat rehatkan badan tu ya Allah nikmatnyaaaaa. 




Sepanjang 5 hari ni jugak ada yang aku balik Seremban untuk jaga anak sebab husband ada hal. Mengantuk time pagi drive ke Subang tak payah cakap la. Office hour start pukul 8 so lepas subuh je memang aku gerak terus. Rabu malam barula husband datang sebab ada urusan lain jugak. 

Aku belajar business rules, system and ada exam jugak on Friday. Tu yang serabut nak kene study. Otak dah la berkaratšŸ˜…šŸ˜…šŸ˜….

Memang sepanjang 5 hari dekat sini aku tak sabar sangat nak balik Seremban. Rindu bau SerembanšŸ¤£. Lega sangat habis training sampai esoknya aku 'me time' coffee sessionšŸ¤£. 

25/2 baru la officially aku masuk branch. Tapi aku ke branch senior untuk on job training dulu. Banyak benda aku kene belajar and ni benda baru untuk aku. Kalau selama 6 tahun ni aku duduk bank, kali ni aku based dekat Proton tapi still under financial part, processing hire purchase loan.



Officially aku masuk my own branch, 1/3/2019. Masih dalam proses sesuaikan diri and adapt diri dengan new environment yang sangat la fast & furious. Haha. Hari ni apply loan, on the same day dah approve or paling lewat esoknya? Haihh memang harus cepattt.

Hope aku cepat belajar and adapt dengan new task and environmentšŸ˜Š. Aminnn...

Wednesday, 27 February 2019

Last Day AmBank

Salam. 04/02/2019 merupakan last day aku di AmBank setelah hampir 3 tahun aku dekat sini. So far ni company paling lama aku kerja setakat ni. Aku dah bagi notis seminggu sebelum and supposedly my last day is on 05/02/2019 but then itu CNY.

Aku start join AmBank 18/04/2016,  9 hari lepas aku bertunang. Dari Single, Married and now a Mother. Memang fasa perubahan and kematangan dekat sini. Branch yang aku join pulak preferred branch and branch paling besar area Seremban. Sedih ke tinggalkan AmBank? Honestly a big NO. Why? For really good reason.

Aku hantar tender 29/01 and notis seminggu so last day, 04/02. Dalam tempoh seminggu ni aku settlekan semua pending dokumen, jumpa customer untuk certain form yang tak complete, sorting semua dokumen mana patut buang, filing and simpan and clearkan tempat aku. Aku tak suka kerja last minute and terkejar-kejar so memang sepanjang seminggu tu everything smooth. 

Banyak jugak pengalaman and orang yang aku kenal kat sini. Ada customer yang aku memang jadi rapat dah macam kawan. So after this aku nak rehat kejap then kerja balik.

Here antara gambar-gambar yang tersimpan di handphone di AmBankšŸ˜Š.


Event AmGeneral Insurance

Kami marketing department with our Branch Manager. Manager aku ni jugak salah sorang yang interview aku dulu untuk masuk AmBank

Farewell our Branch Manager. Restoran Man Tom Yam. Manager aku ni actually berpindah branch

Farewell Kak Fiza. Kak Fiza ambik MSS. Masa ni dalam hujung bulan 6 2018

Ameneral Day Event lagi. Waktu ni Branch Manager aku dah berubah. Event ni untuk Personal Accident and Motor Insurance

Macam aku cakap, selalu event diorang ni. Haha. Ni maskotnya, Max

Join event branch lain

Meeting! Boleh kata memang selalu. Sebulan sekali tu wajib. Con-call tak payah cakap la. Entah berapa ratos kali! Haha

Appointment dekat luar. Waktu ni weekend. 

Open booth dekat Mawar Hospital with Kak Bawani and Intan. Whole day memang kat sini. Seronok actually

Waktu ni kami ke Shell

Waktu upload gambar-gambar ni tipula siapa kata tak rindu. 3 tahun aku dekat sana and macam-macam dah aku lalui. Sampai at first place mula-mula rasa betul ke tak nak resign ni. Haha. Tapi for diri sendiri, memang keputusan yang sangat tepat.

My ID! Mana-mana aku kerja mesti simpan gambar ID. Rindu maybe nanti?

Thanks for the opportunity given AmBank! 
 
FULL DESIGN:JIAKREATIFĪžLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman