Thursday, 1 January 2015

Output 2014

Salam. First of all, Happy New Year to all readers! Sekejap je setahun dah berlalu. Dalam tempoh 365 hari macam-macam yang berlaku. Masuk tahun baru, umur makin meningkat, tanggungjawab makin besar and makin menghampiri kematian. Itu fitrah sebagai manusia.

2014 aku dipenuhi dengan hal keje. Rasanya macam tak da apa yang menarik sangat sebab life dah pack dengan keje. Tak macam 2013. Dari hujung sem dekat Uni, start praktikal, interview, dapat keje and konvo. Fasa perubahan nampak dekat situ.

Actually 2014 memang tahun yang aku rasa mulanya cabaran keje. Orang kata dah start keje, itula life kita. Mana ada masa nak buat itu, ini. Aktiviti blogger pun tak dapat nak join. Walaupun bank bukak dari Isnin sampai Jumaat, tapi ada certain minggu yang Sabtu or Ahad aku keje. Penghujung 2014 paling busy. Aku jugak disahkan migrain selepas beberapa bulan keje. Bak kata Manager, itu memang bundle bila dah bekerja.

Penulisan blog pun sometimes agak terabai. Dalam sebulan, entah berapa kali je aku update. Bukan kadang-kadang tak da idea, tapi penat. Tu yang tak larat nak mengadap blog menaip. 

31 entry je??? November langsung tak da! Baru sedar


Tak terkira pulak banyaknyer

Even normally aku akan update bila anniversary blog, tu pun tak sempat. 25/10 hari tu genap blog ni 5 tahun. Tak sangka 5 tahun dah blogging. Entry tak da la banyak sangat. Cuma 500++. Baca entry awal-awal dulu rasa macam tak percaya diri sendiri yang taip. Makin lama aku cuba memperbaiki cara penulisan. 

Memang output untuk blog kurang 2014. Bila tuan blog dah start keje, dah tak sama dengan zaman belajar dulu. Banyak benda aku tak sempat kongsi. InsyAllah 2015 ni aku mengharapkan yang terbaik dalam kerjaya and hidup serta dapat berkongsi macam-macam lagi dengan korang.

3 comments:

ejulz said...

Selamat Tahun baru..

Semoga 2015 lebih bermakna.. :)

Jemput Join "Trip ke Sabah naik Myvi" kalau belum join.. tQ

Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

Wak Lat said...

Salam. Hee blog bukanlah hakmilik yang kekal.

Najib Ariyan Ali Basha said...

Selamat Tahun Baru (kalau belum terlambat lah)... blogging jangan diutamakan... ini hanya sampingan... banyak lagi yg lain yg penting untuk di dulukan...

kalau dapat kerja yg bundle dan banyak... cuba ciptakan satu sistem kerja sendiri yg memudahkan kita... saya pernah laluinya dan sistem kerja saya diikuti oleh orang lain...

salam kenal

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman