Monday, 20 May 2013

Gunakan ais sebelum make up

Salam. Aku jenis muka berminyak tapi tak la teruk sangat. Walaupun cam tu, aku tetap rasa tak selesa bila certain situation. Before this aku ada update yang aku guna Oil Control Film dari Clean & Clear. Yup, benda tu wajib ada dalam beg.

Kali ni aku nak cerita tentang apply ice kat muka before mekap. I'm sure ramai antara korang yang tau. Pernah amalkan tak? Aku memang tau benda ni dah lama tapi disebabkan otak biul asyik terlupa je time mekap, aku langsung tak pernah try sampaila baru-baru ni aku try for the first time.

Jadi pengapit dengan muka berminyak mesti la tak selesa.  So aku merajinkan diri bukak peti ais and amik ais apply kat muka. Satu muka aku sapu. Sejuk memang sejuk tapi rasa segar je. Serius.


Then barulah aku apply foundation, pressed powder and proses-proses seterusnya. Disebabkan kesannya yang sangat memuaskan hati, aku berkongsi dengan korang sume. 

Aku langsung tak da masalah waktu nak apply mekap kat muka. Kalau tak asyik berpeluh je. Lepas tu mekap nampak sangat-sangat smooth walaupun aku mekap nipis je. Terasa diriku begitu berharga. So shining! Hehe.

Takut mekap cair? Jangan risau. Bedak anda tetap masih cantik di muka. Mekap tak cair! Serius memang aku kagum.

Even after majlis kahwin tu kami satu family keluar beli barang pun mekap masih cantik lagi. Tak da aku risau nak tenyeh or touch up.

So, aku sangat suggestkan untuk korang yang ada masalah muka berminyak, apply la ice before you all mekap. Senang je. Then korang tak perlu risau and korang sendiri akan rasa hasilnya yang sangat memuas hati.

11 comments:

Unknown said...

waaaahhh ! hda tak tahu pon !

Good sharing anyway !

antynid said...

mmg slalu nida buat.. sejuk tp mmg muka rasa fresh je... :D

combi said...

kulit combi lak jns kering..huhu

Fatin Razali said...

satu perkongsian yang menarik . boleh try ni . lgpn sy pn jenis mke berminyak . boleh jdi tension jgk ble mke berminyak ni :)

Nazerah Yahya said...

saya selalu buat macam tu selepas bangun dan sebelum tidur ...

muka sangat segar gitu ... ^^

jeBateja said...

Iyer ke...leh le kita follow.....auwwww.....

Teena Tna said...

Oh, teknik baru ni, tp kalau basuh guna air sejuk jer boleh ke?

asliner said...

eh..nak buat lah macam tue..
sbb muka ada sedikit berminyaklah..huhu

Eina Sakinah said...

betul tu.. eina pun selalu letak ais. xpun basuh muka dengan air sejuk sebelum mekup :)

E'in said...

thanks sbb share... akak baru tahu nie.. huhu

Nurfara Hani said...

pernah try jugak memang hasilnya okay...

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman