Sunday, 19 May 2013

'Pengapit' for the first time

Salam. Alhamdulillah..petang tadi dah selesai tugas aku menjadi pengapit untuk kedua belah pihak.

First of all, Selamat Pengantin Baru buat kakak sepupu tersayang Kak Dila and Abang Iki. Actually, aku memang rapat dengan akak sepupu yang sorang ni dari kecik sebab mak dia yang jaga aku kecik-kecik dulu. Mak dia kakak pada ibu aku.


Di usia 26 tahun, kahwin dah akak sepupu aku sorang ni. Pasangan dia pun sebaya and kawan satu sekolah. They all dah bercinta dari zaman SPM! Can you imagine dah berapa lama??

Apa yang aku nak highlight, this is my first time! Pengalaman pertama kali jadi PENGAPIT. Mula-mula aku terfikir jugak, macam mana nak jadi pengapit ni? Aku kena follow pengantin sepanjang masa ke? Mana taknya, tak da pengalaman..

Dari tunjuk ajar, praktis, alhamdulillah aku dapat jalankan tugas walaupun diakui penat cover ayu jalan sesopan mungkin. Kang tak lawa pulak gambar I uoolss.

27 and 28 April
27hb majlis akad nikah iaitu selepas Asar. Ramai rombongan dari pihak lelaki and memang penuh! Aku yang tak tau pun kena jadi pengapit jugak time nikah telah memakai baju yang langsung tak match! Ala-ala match pun tak da. Waktu akad nikah ni hujan renyai and guruh. Suasana ala-ala tragik gitew.


28hb esoknya bersamaan Ahad majlis sanding untuk belah perempuan. Aku pakai kebaya grey silver time ni. Kalau nak tau, before keluar rumah, aku dah praktis nak kipas pengantin. Aku siap pakai heels lagi okeh sebab kakak sepupu aku ni tinggi 8cm dari aku. Dah la heels dia bapak tinggi!



19 Mei
Kali ni sebelah lelaki pulak. Tak jauh pun dari rumah aku, 15 minit je. Lagi dekat rumah aku dengan belah lelaki. Kali ni aku pakai baju kurung moden kaler sort pink. Muka harus touch up sebab nak masuk dalam gambar. Hehe.



Nampak jadi pengapit macam simple tapi lenguh jugak tangan ni. Tu belum masuk berpeluh-peluh lagi. Peluh kat muka pun kadang-kadang tak sempat lap. Ye la, kene jaga pengantin. Bukannya I yang kahwin uoollss.

Selesai kedua majlis, lega rasanya. Habis dah tugas aku. Ni memang pengalaman pertama aku jadi pengapit. Lepas ni aku pulak diapit. Hehe. InsyALLAH bila tiba masanya. Jangan sesuka bergosip kata I dah nak kahwin pulak.


My wish, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Emm.. Rasa sedih pun ada sebab orang yang aku rapat dah kene kebas dengan laki dia. Tapi nak buat macam mana. Lumrah hidup berpasangan.

8 comments:

Teena Tna said...

Smoga dpt aura jd pengantin pulak lepas ni..hehe

EMYR ASHRAFF said...

wah! meriahnye! :D
kpda psgn pengantin.. moga kekal hingga akhir hayat.. Amin~

jeBateja said...

untung2 lepas ni hang plak....IsyaALLAH...

Fatin Diana said...

dah merasa jadi pengapit tu, lepas ni naik pelamin jadi pengantin lah pula ea :D
btw tahniah untuk mereka :)

Ana Farhana said...

teringin nk jd pengapit..hihi

Nuratiqah Zainal Abidin said...

wah,,best nye dapat jadi pengapit. i never experinced this before!

Unknown said...

pengantin dan pengapit chantekkk sangatttt! ^_____________^ heee...

ila said...

jadi pengapit pon lebih kurang cam pengantin gak.
sbb semua mate akn tertumpu kat kite .
ambil aura pengantin la tu..hihi

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman