Monday, 23 July 2012

Ke Pasir Gudang & Ramadhan pertama

Salam. Pada hari Khamis yang lepas, 19 Julai aku dan 9 orang lagi pelajar UiTM Segamat, Johor bersama 2 orang lecturer pengiring bertolak ke Pasir Gudang, Johor dengan menaiki bas UiTM.

Perjalanan dari UiTM 9.15 pagi dan kami tiba di Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Pasir Gudang pada jam 2 petang. Kami sempat singgah di Johor Premium Outlet (JPO) untuk lunch. Aku difahamkan tempat ni baru siap. Kawasan yang mendamaikan, seni bina yang unik dan moden memang sangat memikat hati. But awas! Tempat ni hanya boleh dikunjungi oleh golongan yang mempunyai duit penuh di poket. Pakaian, aksesori, beg, perfume dan macam-macam lagi merupakan dari jenama yang terkenal.


Kami yang masih student dan hanya meminta belas ihsan PTPTN hanya makan di food court sahaja. Sempat jugak pusing-pusing. Disebabkan kami sampai dalam 12 tengah hari, suasana masih lengang dan sangat selesa untuk cuci mata.

Actually, kedatangan kami ke Pasir Gudang adalah untuk menyempurnakan program Woman In Social Enterprise (WISE) selama 3 minggu. Kami dikehendaki mengkaji dan memantau perniagaan mereka seterusnya menyiapkan report untuk dihantar pada kementerian.

Diteruskan cerita setelah kami tiba di Pejabat AIM, kami dibahagikan kepada mak angkat masing-masing dan briefing tentang apa yang perlu kami lakukan sepanjang 3 minggu berada dengan keluarga angkat. Alhamdulillah aku dapat mak angkat yang ok. Mak angkat aku menjalankan perniagaan kedai runcit. Aku ada 6 orang adik angkat yang comel dan bermacam ragam. Keluarga angkat aku sangat baik dan buat aku tak rasa kekok.

Seperti yang sedia maklum, kelmarin merupakan ramadhan pertama bagi seluruh umat Islam. Ye..tahun ni aku tak dapat sambut permulaan ramadhan bersama family di kampung. Jujur dikatakan menitis jugak air mata ni waktu call ibu ayah untuk wish selamat berpuasa. Mesti ada yang kata aku cengeng kan? Actually, aku sangat rapat dengan family...

Mak angkat aku turut menjalankan perniagaan di bazar ramadhan sepanjang ramadhan ni. Menjual pelbagai jenis kuih dan nasi kuning. Nasi kuning merupakan masakan orang Sabah. Oh ye, keluarga angkat aku ni orang Sabah. So, seronok tau bila orang Negeri Sembilan dapat merasa masakan Sabah. Dapat tau resepi lagi! Hak hak

Aku bersolat tarawih di Masjid Jamek Pasir Gudang. Meriahnya dengan jemaah! Seronok pulak rasanya bila sambut kat tempat orang. Satu pengalaman baru yang sangat berharga. Ok la.. I got to go. Nanti aku update lagi aktiviti sepanjang berada di sini. Anyway, salam ramadhan and selamat berpuasa semua..:)

3 comments:

Fazleyatul Aini said...

selamat berpuasa. dulu dok segamat, selalu p bazar kat area nagoya tu. best

Unknown said...

selamat berpuasa mai...:)

EMYR ASHRAFF said...

wah! seronok dapat ikut program keluarga angkat cmnih.. HEHE!
selamat berpuasa :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman