Wednesday, 18 July 2012

Cuti semester kali ni

Salam. Cuti sem aku dah bermula hampir seminggu yang lepas. But hari ni aku dah berada di Segamat. Kenapa? Coz cuti sem kali ni sangat berbeza.. Aku tak boleh nak tergolek-terlentang dengan senang hati kat rumah. Bayangkan, petang tadi dengan beg yang berat sampai Segamat.

Apa yang berbeza? Actually aku akan menyertai program Woman In Social Enterprise (WISE) selama hampir sebulan. Program ini melibatkan 400 pelajar IPTA yang melibatkan banyak Uni dan 200 peniaga ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kami akan dipecahkan pada mak angkat masing-masing and kami harus melatih mereka untuk memajukan perniagaan dengan skill yang akan diajar pada minggu pertama yang melibatkan administration, marketing and accounting.


Aku and housemates terlibat. So, esok kami akan bertolak ke Johor Bharu. Ada sikit rasa excited and tak kurang jugak rasa malas. Hehe. You all yang study kat Uni lain ada tak tau pasal program ni? Actually ni adalah program kerjasama pertama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama AIM.

Paling menyedihkan, aku tak dapat sambut first Ramadhan with family. How sad right? Sedangkan cuti sem. Tak lama lagi je untuk aku involve dalam aktiviti macam ni coz next sem will be my final year and my last sem at Segamat before practical. So, fighting! Anything I will update soon..=_=

2 comments:

Ardini Humaira said...

xpe... dni ni lagi la.. xdapat sambut ramadhan skali dengan syawal... lagi syahdu huhu

Nuruashia said...

happy fasting dear ^^

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman