Sunday, 9 February 2014

CIMB Bank Team Building Negeri Sembilan Branches

Salam. Alhamdulillah. Walaupun dalam penat-penat and malas sume, aku berjaya jugak pergi and habiskan program team building CIMB untuk Negeri Sembilan Branches, 2 hari 1 malam di Ilham Resort, Port Dickson.

Hari Sabtu 8hb seawal 6.15 pagi aku dah tolak dari rumah. Bangun awal-awal siap and drive sendiri. Berdasarkan GPS dalam myvi tu, aku set Ilham Resort. Awal jugak aku sampai dalam 7.40 pagi. Better sampai awal, dapat relax sikit. Pendaftaran start pukul 8.

Sorang demi sorang sampai. Program ni untuk semua officer area Negeri Sembilan. Ada yang aku dah kenal before and baru kenal. Alhamdulillah walaupun aku masih baru diorang ni semua ok. Tak kisah la dari branch mana. Semua mesra. 

Program indoor dimulakan dengan talk dari Area Retail manager (ARM). Diikuti dengan dari Freelance Consultant yang jugak merupakan bekas staff CIMB. Aktiviti petang kami diisi dengan aktiviti in group. Kami dibahagikan pada 6 group and Branch Manager mengetuai setiap group. Macam-macam isu yang diutarakan and carik solution sama-sama, bertukar-tukar pendapat.




Sepatutnya aktiviti kitorang sampai malam tapi big bos sangat baik hati. Sampai 6.30 petang je. Hee... Siap ada yang belanja bawak durian lagi. Habis je sesi petang tu sume berpusu makan durian and rambutan.

Kami check in hotel pukul 1.00 tengah hari after lunch. Jenis apartment dengan 3 bilik. Masuk je apartment, benda pertama keluar dari mulut, "Wahhhh...". Memang besar, cantik and selesa. Terus ke tingkap sebab mengadap laut. Subhanallah...cantiknya laut ciptaan Allah.



Kami sepatutnya ber-5 satu apartment tapi hanya 3 orang je yang ada. So 3 bilik untuk 3 orang! Aku dapat master bedroom! Boleh bayangkan tak betapa besarnya bilik tu? Meh aku kongsikan gambar apartment..







Aktiviti malam hanya duduk menagadap tv and borak-borak dengan kakak senior. Macam-macam tips dia bagi. Nak-nak aku yang muda and baru ni. Banyak benda kene belajar. Thank you Kak Yantee!

Pagi Ahad 9hb rasa liat nak bangun. Almaklumlah, dah seronok tido sorang atas katil tu kan. Memang kebebasan melanda.`Aktiviti pagi Ahad, jungle tracking! Pandai betul CIMB ye. Saje nak bagi kita semput time pagi-pagi after breakfast. Serious cakap aku tak penah join mana-mana aktiviti jungle tracking before this. Memang satu pengalaman baru. Penat memang penat.

Penghujungnya, singgah Rumah Api Tanjung Tuan. View laut sangat cantik! Siap duduk rehat jap kat atas tu. Dalam penat-penat tu bila tengok laut, terbalas rasa penat.



Habis aktiviti, sempat balik apartment rehat sebab sesi seterusnya with Regional Director (RD) pulak. Haiyakkk...dah penat-penat macam tu RD bercakap entah berapa lama pulak. Target 2014 and so on. Alhamdulillah, branch aku branch terbaik NS untuk 2013. Yeay!

Sebelum balik sempat mandi-mandi kemas sume. Amik masa untuk relax. Check out lambat sikit. Rasa sayang nak tinggalkan apartment and bilik yang super luas tu! Hehe..

Penat memang penat weh. Satu jam setengah aku drive balik. Dalam kepenatan and kesakitan kaki tu tetap drive. 

Overall, asalnya mula-mula malas nak join team building, tapi lepas rasa sendiri, seronoknyer!! Rasa nak pergi lagi after this. Memang satu pengalaman yang sangat berharga. 

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

teambuilding memang best... akak pun dah lama tak pergi teambuilding...

roq said...

untunglah company best :P

singgah2 la sini :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman