Saturday 7 December 2013

Permulaan hidup yang 'busy'

Salam. Lama dah aku tak bw ke blog korang. Maaf sangat-sangat sebab aku terlalu sibuk and penat. Penat sangat. InsyALLAH ada masa aku singgah ye. Ni pun dah lama tak menaip kat lappy. Terasa lain pulak sebab selama ni update guna handphone je.

Dah 2 bulan aku bekerja di CIMB Bank. Disebabkan hampir sebulan training, now dah balik branch, aku sendiri dah mula rasa aura sebenar jadi banker. Isnin-Jumaat masa aku memang pack. Keluar awal pagi and balik malam. Apa ingat bank tutup awal, kitorang balik awal ke? Nak-nak pulak aku bahagian loan, lagila lambat balik. Banyak keje.


Sabtu and Ahad memang aku bayar tido cukup-cukup. Berehat sepuasnya. Itu pun kalau dapat. Tak semestinya setiap Sabtu Ahad aku free. Macam Sabtu baru-baru ni aku masuk office, keje. Siapkan cepat proses loan.

Walaupun tempat aku kat bahagian atas untuk loan, tapi dalam masa yang sama aku kena turun bawah ke banking hall jugak tolong and belajar apa yang patut. Customer kalau yang ok tak pe. Dapat yang jenis tak menyabar, sesuka hati je nak marah kite. Tu yang buat aku terkejar-kejar. Mana nak handle customer kat kaunter depan, nak handle customer kita yang nak buat loan lagi..

Dulu before masuk bank ramai yang cakap, keje bank susah. Walaupun aku dah start rasa macam mana, tapi aku tau inilah cabarannya. Cuba dulu and jangan cepat mengalah. Ni rezeki yang Allah swt dah tentukan.

Oh ye, before terlupa, kalau agak-agak ada di antara korang yang nak buat any loan such as housing loan, personal loan ke, boleh contact aku. Even nak buat credit card pun boleh. Pm je ok..:)

6 comments:

Teena Tna said...

Kalau dah bekerja memang sibuk kan. Tiba2 rasa rindu zaman study kat univ dulu2

ezy.fia said...

dlu saye ade kwn keje bank.. bhgian loan jgk..mmg tgk die bz manjang..
xsmpt nk gosip2.. hihi
die ckp kdg2 tido kat opis.. hoho..

Fazleyatul Aini said...

wish u all the best for your career darling =)

Nina Mads said...

wah nanti ada pap2 hal boleh refer mai.. CIMB di hati.. hehe

Unknown said...

wah...nampak busy
moga dipermudahkan urusan sis

miss yaya said...

Salam sis, btw sy baru dpt kje handle loan jugak. Heee nevessss

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman