Wednesday 9 October 2013

Menonton Cloudy With A Chance Of Meatballs 2 bersama blogger

Salam. Khamis malam hari tu 3hb aku and adik sepupu Anis telah ke TGV One Utama untuk menonton wayang bersama blogger-blogger yang lain yang di handle oleh blogger Bro Framestone. Asalnya, kami sepatutnya menonton premiere screening Sadako 2 tapi atas sedikit masalah, kami menonton cerita lain atas undian yang lain. Terima kasih sangat-sangat kat Bro yang mengeluarkan duit untuk belanja kitorang semua.


Kami berdua. With Anis

Tq Bro belanja!

Bukan setakat kami, 2 orang artis pun turut menonton bersama, Aman Nassim dan Mikael Andre. Mereka ni pelakon yang baru nak naik. Aman Nassim ada berlakon dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia and Mikael Andre ni merupakan adik pada pelakon Pierre Andre.



Jangan letak persepsi cerita kartun tak best okeh. Nak tau cerita ni pasal apa? Jom baca sinopsis..




Classification : U
Genre : Animation/Family
Release Date : 3 October 2013
Duration : 1 hour 35 minutes
Cast : Bill Hader, Anna Faris, James Caan, Andy Samberg, Benjamin Bratt
Format : 2D, 3D

Flint Lockwood merupakan seorang pencipta yang genius. Suatu hari dia telah dijemput oleh pencipta yang juga merupakan idolanya, Chester V untuk menyertai Syarikat Live Corp di mana merupakan syarikat yang terulung dalam penciptaan teknologi yang serba canggih.


Chester V sebenarnya mempunyai niat jahat terhadap Flint Lockwood iaitu dia ingin meggunakan Flint Lockwood semata-mata ingin mengambil bahan ciptaan Flint iaitu sebuah mesin yang dapat menukarkan air kepada makanan.

Chester V melantik Flint untuk ke kawasan perumahan Flint yang agak musnah disebabkan malapetaka mesin tersebut. Flint membawa rakan-rakannya bersama dan apabila sampai di pulau tersebut, keadaan segalanya berubah. Segala buah-buahan, makanan menjadi hidup.

Chester V berhasrat untuk membunuh semua hidupan tersebut tetapi rakan-rakan Flint mula menyedari tindakan dan niat jahat Chester V. Mereka cuba untuk menyedarkan Flint tetapi Flint berdegil.


Apa yang terjadi seterusnya? Kene la menonton ye...

Komen aku, mula-mula masuk panggung dah tengok kanak-kanak. Amboi eksited kemain adik-adik ni nak tengok tv. Kami geng blogger ni duduk dalam satu barisan. Mula-mula aku agak cerita kartun mesti boring. Tapi ternyata sangkaanku meleset.

Cerita ni memang sangat menghiburkan. Kelakar, tak kering gusi. Macam mana keletah setiap watak, dengan buah-buahan yang comel and hidup lagi memang buat kita terhibur. 

Dah menonton belum? Apa tunggu lagi? Pergi la cepat! Bawak anak-anak, adik-adik semua!

Ni antara gambar dengan blogger-blogger malam tu..

Sempat makan Freezy Freezy sementara tunggu masuk panggung

With blogger Hanie yang cute

Nampak macam baju aku terlalu formal kan? Beza sarung selipar je. Ye la, memang waktu ni baru balik dari bekerja. Habis lambat and tak sempat nak balik rumah tukar semua

Dengan blogger-blogger lain. Ada Aman Nassim and Mikael Andre lagi. Diorang ni akan terlibat dalam Liga Lawak Superstar. Jangan lupa support!

6 comments:

Fazleyatul Aini said...

wah gather

E'in said...

bestnye dpt jumpe bloggers!

Unknown said...

wah beznye gathering bersama blogger

nabila biela said...

ala..pergi xajak pun??hihi

Syazana Zainn said...

dulu ada pi pre-screening kat penang
mikael pun ada
tgk dia mcm friendly juga
:)

Acik Liena said...

syoknyeee...

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman