Thursday, 24 October 2013

Lihat mereka dan cermin diri

Salam. Kita ni manusia kadang-kadang nak itu la ini la. Mengeluh sana-sini sampai lupa nak bersyukur. Bila tengok Korea, mulala nak muka macam Yuri SNSD, Soo Ye Jin padahal diorang buat plastic surgery. Ha, aku la tu. Diorang tu tinggi kurus. Aku ni tinggi 152cm and berat 44kg. Teringin jugak nak tinggi 165cm ke kan..

Tapi sebenarnya kita kene bersyukur dengan diri sendiri. Allah swt dah ciptakan kita sebaik-baiknya. Biasala kalu tengok orang cantik, berpangkat, pandai and itu ini mesti kita pun rasa bestnya kalu jadi dia. Ada jugak yang boleh diubah dengan usaha tapi ingat jangan kufur nikmat.




Kenapa aku tulis entry ni? Pagi tadi tengok Malaysia Hari Ini kat dewan makan. Isu OKU hari ni. Bila tengok diorang, rasa bersyukur sangat sebab kita sempurna. Aku ada kawan yang pakai kaki palsu sebelah kanan sampai peha. Dulunya dia sempurna tapi disebabkan kemalangan jadi macam tu. Selalu tengok dia aku rasa bersyukur sangat-sangat yang aku masih sempurna.

Pernah tengok orang mintak sedekah kat tepi-tepi jalan tu? Ada yang bawak anak lagi. Apa perasaan korang? Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.

Aku dulu habis belajar pernah gak rasa macam hampir nak berputus asa sebab tak dapat keje. Kawan-kawan ada yang dah dapat keje kat HSBC, MAA Takaful and so on waktu tu. Rasa macam rendah dirinya, kenapa aku tak dapat lagi. Selalu jugak mempersoalkan kat diri sendiri kenapa tak dapat keje. Tapi waktu tu aku percaya pada rezeki and alhamdulillah sekarang aku di CIMB. Aku sangat bersyukur dapat masuk kat tempat yang memang aku nak.

So apa pun yang kita ada, kita dapat, bersyukurla. Ucap Alhamdulillah selalu. Ingat segalanya datang dariNya.

3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

setakat ni masih happy dengan diri sendiri...dan bersyukur seadanya... ^_^

Cik nadya said...

Syukur Alhamdulilah =)

Siti Hajar said...

Perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada ;)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman