Sunday 15 September 2013

Ringan ke berat?

Salam. Kalau korang biasa singgah blog picisan ni, mesti korang perasan blog ni selalu bertukar-tukar kan? Aku cepat bosan dengan satu-satu template or blogskin. Memang tak pernah yang aku guna bertahan setahun. Tapi kalau yang aku tempah baru guna lama sikit.

Ni pun selepas berejam-jam mengadap lappy barulah terhasil macam mana yang korang tengok sekarang. Tema harus pink! Walaupun orang nak kata so girlish but like I care? As long as sejuk mata memandang.

Apa yang aku nak cerita hari ni berkait rapat dengan keadaan blog masing-masing. Blogwalking blog Cik Akak, aku terbaca tentang nak timbang blog. Kurus ke gemuk blog aku ni? Berat ke dia? Ye la, kita pakai letak je pape kita nak, tapi tak pikir keadaan blog macam mana.

Hasil blog aku..

Size : 75.15 KB
Load Time : 0.23 seconds

Dari apa yang aku baca, menurut blogger Kak Mia, kalau size tu lebih dari 150 KB, tu dah kira berat. Macam obesiti la agaknya. Mungkin ada sesetengah blogger yang buat tak kisah je dengan benda macam ni, tapi sebenarnya penting.

Aku pun tak kan bukak blog yang lama sangat loading. Jenuh! Tu belum kira macam-macam widget yang sepatutnya tak perlu pun untuk diletak. Memang melambatkan. Selalunya kalau macam ni memang tutup terus. 

Untuk blog sendiri, aku selalu check. Aku tak suka melembapkan blog and blog loading. Of course readers pun tak berminat nak datang bila dah amik masa. So, apa kata korang pun check blog masing-masing. Kalau berat/obesiti tu boleh la amik langkah-langkah berdiet. Hee..

Klik SINI..

4 comments:

fiqah hamed said...

dah lama tak timbang blog..alhamdulillah blog saya masih ideal..^^

fifi said...

fifi rase cam ragu2 je dengan speed test tu,sebab makin kerap check makin ringan pulak weight blog fifi although takde tukar bende pon :D

Unknown said...

blog akak tu berat dik..hihi..tak tahu nak buat apa...hihi...loading dia pun lama :)

Unknown said...

mun pernah timbang tp asyik error je..hukhuk

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman