Monday, 23 September 2013

Melaka : AFamosa Resort

Salam. Jumaat baru-baru ni 20hb, habis je keje terus ke TBS amik bus ke Melaka. Bus 7.15 petang. Ke Melaka bukanla jauh sangat. Nak-nak pulak aku turun kat tol Simpang Ampat je. Me with 2 orang adik sepupu, Anis and Ami. Kat tempat keje elok formal cantik pakai kasut, masuk kereta sebelum ke TBS terus tukar selipar.

Dari cara aku bawak beg, macam nak pergi seminggu!

Turun tol Simpang Ampat, adik sepupu, Farah jemput. Kami terus ke AFamosa Resort. Diorang ni anak pada Usu aku. Usu satu-satunya adik ibu. Buat masa ni aku duduk rumah dia before keje baru bulan 10 nanti. Usu merupakan Training Consultant and ada company sendiri. So, dekat sini dia handle team building untuk company Western Digital Sdn Bhd. Kiranya kalau company korang nak buat team building, bolehla bagitau ye..:)

Sampai-sampai je terus isi perut. Memang perut ni dah meronta-ronta mintak diisi walaupun dalam bus dah macam-macam aku kunyah. Perut penuh terus masuk bilik hotel. Sungguh tak patut lepas makan baring mengadap tv. Tidur lena I malam tu uoollss. Almaklumlah tidur di atas katil yang empuk.


Tempat kami menginap

AFamosa..;)

Bilik yang sangat selesa. Teddy bear tu Farah punya. Harap maklum

Esoknya awal-awal dah bangun ang get ready turun breakfast pukul 9 pagi. Pagi ni kami bersiap ala kadar sebab nak ke swimming pool. Budak-budak ni nak mandi berenang-renang. Aku yang reti berendam ni ikut je. Cecah kaki pun kira ok what. Bila mood nak masuk kolam datang, orang tu nak guna untuk test apa entah. Terus mati kaku mood aku. Angkat kaki balik bilik.

Seronok betul budak bertiga ni

Selesai mandi, cecah kaki sume, balik bilik hotel. Golek-golek siap tengok Diari AF lagi then bersiap untuk keluar lunch. Aku ni bersiap agak lama sikit. Mesti kene sejam awal. Dengan lilit selendang bagai. Tengah hari cantik-cantik sikit sebab nak snap pic. Haha.

On the way lunch

Selagi boleh amik tu, amik. Penuhkan meja!


Tolong bungkus hamper

Sepanjang 2 hari 1 malam kat sini, mak cik aku agak busy. So we all ni la amik peluang vacation. Dah la makan puas-puas. Satu resort tu pusing melawat-lawat. Memang seronok. Rasa release sangat. Aku jadikan ni sebagai masa berehat before start keje baru awal bulan depan. Rehat la sangat kan..

Apesal muka aku macam ni??


Ada air terjun seciput uoolls

Petang hampir pukul 5 baru check out. Special case sebab mak cik aku ada training. Bilik hotel tak payah cakap bersepah dia. But its ok. Nanti pekerja kat situ tak da keje pulak. Kami tak terus balik. Sempat singgah jalan-jalan and ke Jonker Street. Memang sebelum ni aku dah pernah beberapa kali ke Melaka. Bukan jauh pun dari Seremban. Tapi belum pernah pergi tempat-tempat tarikan dia. Jonker Street ni semua peniaga dia Cina. Nak beli makanan memang tak la walaupun ada yang nampak sedap. Setakat barang-barang lain tu tak da hal. Murah-murah.

Dah lama planning nak memang khaskan cuti round Melaka. Nak pergi semua tempat-tempat menarik. Tapi sampai sekarang masih tak berkesempatan. InsyALLAH ada masa nanti nak allocate masa bercuti kat Melaka. Hee..:)

Excited tengok kincir ni

Tetibe ada kapal tersadai kat atas tu

6 comments:

Asha Lya said...

Bestnya..tringat kembali nostalgia kat melaka ;)

Fazleyatul Aini said...

uiks tak cakap pon datang melaka yee

Unknown said...

wah beznye
swimming pool tu..rs nak berendam je kat dlm tu

sitirohaida said...

seronoknya tengok...hehehe

lynmunir said...

Lama dah saya tak pernah datang ke tempat ni lagi. Melaka memang indah dan sentiasa mendamaikan di hati.

Unknown said...

akak x penah pegi afamosa. haha :p

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman