Salam. Ramai blogger yang jadikan blog sumber pendapatan sampingan. Sejujurnya aku blogging bukan sebab tu. Nuffnang pun aku register lepas 2-3 tahun blogging.
Ramai jugak blogger yang dah beberapa kali dapat hasil. Alhamdulillah tu rezeki masing-masing. Aku tak pernah rasa blogging semata-mata nak tambah earning banyak-banyak. Sedangkan amount nuffnang pun jarang sangat aku cek.
Berbalik pada soal kat atas, aku tau ada blogger yang nak kita klik iklan diorang. Aku tak kisah. Tapi jangan la dengan cara menipu. Tu duit kan? Kalau dapat dari hasil menipu, maksudnya haram la kan? Nanti mesti nak guna duit tu untuk perbelanjaan sendiri.
Ada sesetengah blogger yang tinggalkan pesan macam ni,
"Jemput singgah blog saya"
Bila aku klik, link iklan yang keluar. Serius aku rasa tertipu. Bukan sorang dua yang buat macam ni and mesti bukan aku sorang dia buat macam ni kan?
Ada yang lain tinggalkan pesan,
"Saya klik Tabung Hishop"
Kalau pesan macam ni, jangan risau, aku akan balas. For sure aku akan ke blog korang and klik iklan. Cuma mungkin jarang aku tinggalkan pesan balik kat korang yang aku dah klik iklan sebab normally bila klik iklan memang aku tak tinggalkan pape pesan pun.
Aku jugak tak kisah kalau korang dengan jujur tinggalkan pesan,
"Jemput klik iklan saya"
Serius aku tak kisah kalau korang terus-terang nak aku klik iklan korang. Cuma dengan cara menipu macam kat atas tadi tu aku tak berkenan. Dari blogwalking pun aku dapat tau ada blogger lain yang kene kes macam ni.
So, pada blogger-blogger, jangan la buat macam ni. Menipu untuk kepentingan diri. Macam mana banyak pun earning yang korang dapat tapi kalau dari asalnya menipu and haram, tak guna jugak.
16 comments:
betul tu kak.. dah selalu kena.. selalu tulis "saya dh klik iklan tabung hishop".. sedangkan dalam blog anis sendiri tak der taruk ape2 iklan.. nak tipu pun agak2 lah dieorang nie kan.. hmm.. then, tekan nama dieorang kluar iklan nta pape tu.. .. sabar je lah..
yumida seringkali terkena
pastu pakai ayat 'tahniah' sure la kita akan klik kan..huish geram gak
dah beratus entry blogger lain buat entry macam ni..nak bagi kesedaran pada diorang yg kaki menipu tu kat cbox..x mkn saman pun..
dah banyak kali terkena...apa salahnya ikhlas kan...
setuju ,,dlm shoutbox yana pown byk jgk link2 iklan, , mungkin diorang suka bila earnings meningkat,,sebaliknya diorang xsedar,,bila rezeki xberkat, , susah hidup nanti
tu la pasal...cik siti pun tak suka cara macam tu....sebab tu skrg ni dah jarang sangat bls kunjungan blogger2 yg tgglkan jejak kat cbox tu...huhu
kite tak kisah kalau cakap baik2. ini nak tipu-tipu tu yg tak suke
Betul betul betul , saya pun dah pernah kena. Tulis dekat chatbox suruh baca post dekat blog tapi bila klik link , keluar link iklan. Dah banyak kali dah kena . Haish...
Betul tu.. rasa sangat frust bila klik..tengok iklan yang keluar.. klau nampak je iklan cepat2 pangkah.. sebelum habis loading..
same laa..kite pon x suka gk. bnyak kali jugak la kena.
prnah jugak la cek earning konon2 nak cek betul ke diorang klik, tapi x berubh pon. kena tipu. haishh
kannns..,
selalu kena mcm tu huhu
ramai yg wat camtu, mmg rase trtipu...huh
Sebab kes2 macam ni la anis dah tak letak cbox dekat blog.. Lagipun ruang comment kan ada untuk tinggalkan jejak.. Hewhew
dah lama buang shout box sbab benda cenggini,, and still muja tak suka sistem exchange,, sebab rasanya melanggar peraturan,, wallahu a'lam
saya pun selalu terkena jugak..bagi saya yg lagi seronok apa yg kita tulis ada org baca. pembaca setia lagi best dari kejar earning. kalau saya bila click tgok je iklan tros tutup. tak tunggu smpai habis loading sbb bila habis loading duit akan masuk akaun si pemilik. kalau dia mintak cara baik saya buat cara baik. tapi mintak cara tipu ni la jadinya..hehe..
Setuju. Mieya pon sekarang nie dah malas nak layan benda-benda macam nie. Lebih rela drop comment sahaja drpd blogwalking thru chatbox
Post a Comment