Friday, 9 August 2013

Aidilfitri 2013

Salam. Selamat Hari Rayer! Dah raya kedua. Sekejap je kan? Busy berayer ke? AKu banyak duduk rumah je setakat ni. Ramai tetamu tu yang agak payah nak keluar. Yang dekat-dekat je baru sempat pergi.

Seriously tahun ni tak meriah sangat sebab ramai yang berayer ke sebelah sana. Family aku duduk dengan nenek, so memang tempat berkumpul. Jadi tahun ni agak kurang meriah. Tahun depan barulah semua ke sini.

Kami satu family tema hijau tahun ni, hasil shopping kat Jalan TAR hari tu. Setiap tahun kami memang akan ada tema dan semua memang diwajibkan memakai warna yang sama. Tak da alasan sama sekali.

Rayer ni memang penat. Nak kemas rumah, isi kuih, buat air, layan tetamu, semua bercampur-baur. Penat memang penat. Tapi dah memang adat rayer.

Semalam first rayer macam-macam aku bedal makan. Ais lagi tak payah cakap. Semua rumah minum minuman sejuk padahal selama ni aku dah cuba kurangkan ais. Disebabkan tu jugak malam semalam aku rasa nak muntah and sakit kepala. Tu la padahnya, walaupun berayer, makan tetap kene jaga ye. Dah seulan kita jaga perut baik-baik Ramadhan, Syawal pun kene jaga jugak.




Baru rayer kedua. Banyak lagi rumah yang belum dijejak. InsyALLAH banyak masa lagi kan. Macam mana dengan rayer korang pulak?

6 comments:

jeBateja said...

Kawe raya kedua dah balik...kena kerja .....adehhh

ejulz said...

salam aidilfitri.. :)

NEEZA said...

baju raya kita warna sama, hijau , ngeee~~ btw salam aidilfitri :D

-www.haneeza.com-

TiranaAduka said...

salam adik comel
Lawatan uncle tirana advka di sini

mujagirl92 said...

selamat hari raya maaf zahir batin :D

Nina Mads said...

selamat hari raya! cantik baju.. peplum hijau :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman