Thursday, 18 July 2013

Test JPJ

Salam. Hari ni 18 Julai, berakhirlah sesi urusan lesen kereta aku di Institut Memandu. Actually aku dah daftar dari pertengahan Mac tapi atas kesibukan praktikal dan thesis yang memaksa aku berulang-alik ke Johor, urusan lesen lambat sikit.

Bermula dengan ceramah, test komputer, ceramah amali and belajar kereta 10 jam, segalanya telah selesai walaupun agak mengambil masa. Mana tak nya, bila dia call, "Boleh belajar tak Ahad ni?". "Tak boleh la.. Saya ke Johor". So how? Tu yang melambatkan.

Dengan cikgu memandu aku yang garang lagi, fuhhh...kus semangat aku first day belajar. Dah aku tak reti memandu. First day mestilah masuk gear pun tak berapa betul, kawalan stereng lagi.. Tapi alhamdulillah makin hari ada improvement. Aku tambah kelas memandu lagi 2 jam untuk mahirkan before test.

Hari ni memang buat aku cuak dari malam semalam okeh. Mana tak nya, test JPJ. Nak tidur pun tak tenang. Asyik terfikir. Benda tu berlegar-legar dalam kepala aku ni. Takut gagal. Siapa yang tak cuak? Gemuruh dalam hati ni, hadoii..susah nak describe.

Ke Institut Memandu pagi tadi dengan pakaian yang sesuai. Tak lupa gambar, IC and lesen L sume siap bawak. Cek nama and aku sesi 1! No giliran 51. Tak perlulah aku menunggu sampai petang. Nak-nak kalau dapat sesi 3, memang jenuh.

Aku bermula dengan dalam litar. Bukit, parking and 3 penjuru. Memang la dalam hati ni dah gemuruh tapi masuk je kereta, relax. Tarik and hembus nafas, selawat banyak-banyak. Alhamdulillah, aku lulus ketiga-tiganya. Nasib tak langgar tiang. Nanti tak pasal bunyi gedegang sume dok pandang. Habis keayuanku!

Then, amik result and ke kaunter untuk test jalan raya. Duduk menunggu giliran sambil tengok-tengok calon lain yang dah lepas. Yang takut bila nampak JPJ bawak balik kereta. Paham-pahamlah macam mana resultnyer kan.

Test JPJ guna viva. Honestly aku tak pernah drive viva. Belajar selama ni pun guna kancil. Memang agak janggal tapi aku cuba jugak sesuaikan. Penguji aku JPJ perempuan. Senyap je dia tak berdetik.

Letak beg, relax and aku buat sume step yang patut before memandu. Start enjin and mula memandu, kaki aku make sure control clutch betul-betul. Enjin mati fail aku!

Walaupun first time bawak and tak biasa, alhamdulillah, aku berjaya jugak bawak dengan selamat pergi-balik. Lega bila kat bukit before keluar simpang jalan utama dapat imbang minyak dengan betul. 

Dah sampai tempat memandu and dapat result, ya Allah...leganya. Alhamdulillah lulus. Litar and on the road aku berjaya lulus hari ni! Memang muka ni dah tak mampu sembunyikan senyuman. Tapi aku cover lagi. Takut terover.


Yeay! Kita dah ada lesen walaupun usia 23! Lepas ni boleh la jenjalan! Mih mih..

12 comments:

Unknown said...

hehehe tahniah . kitew pown dh ada jugak lesen . hehehe

Carl Lesmana said...

kita sama lah kak, saya berdebar gilerr masa nak test jpj nasib sekali test je . heeehe saya bulan 4 aritu test jpj . alhamdulillah sekali test lulus hehehee.

Unknown said...

wahh best :D thniah !!

Ein Farah said...

thniah ye! :D tringt mase amik lesen pas spm. mmng nervous! hehe

Nana said...

nana jelesss huhu. nak jugak ada lesen

Nazerah Yahya said...

bestkan bila dah lepas jpj ....

me too ...masa tu org tak expect sya bejaya .. kuar kereta buat muka monok , bila ckgu Tanya kit alulus , kemain seronok mengalahkan org yang lulus ..hahaha


eVa said...

Alhamdulillah tahniah.. Mesti lps ni asyik berjalan jer haha

zeera lily said...

wah... tahniah.. pasni makin pnjng lah langkah.. ihikk..

E'in said...

untung laa dh leh bwk keta.. akak awal thn dpn baru nak amek lesen.. gile lame lg kan? hahahaha

Unknown said...

tahniahhhhhhhhhhh!!!

Lieya Von Jay said...

congrats dikk

::CIK LYNN:: said...

tahniah...boleh bawak jenjalan la nanti...hehe

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman