Salam. Sedar tak sedar dah masuk hari ke-18 kita berpuasa. Beberapa hari je lagi nak rayer! Dah tua-tua ni tak da la rasa eksited sangat. Impian nak kumpul duit rayer pun wajar dihapuskan. Tak tau la kalau masih ada insan yang bermurah hati nak menderma kat aku..mihmih..
Malam semalam aku sempat je Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) kat KL dengan dua orang adik sepupu, my mum and my adik, Shera. Bertolak dari rumah mak cik kat Kajang dalam 9.30 malam. Tak lama pun nak ke Jalan TAR tu.
Berjalan dari satu gerai, masuk kedai memang penat. Dengan keadaan manusia yang makin ramai and padat sampai kami berlima berpegangan tangan. Takut tak pasal ada yang tercicir. Memang la agak tak selesa dalam keadaan sesak macam tu tapi aku pernah pergi dulu lagi sesak dari tu!
Tiga jam round akhirnya dapat baju untuk kami satu family. Tema tahun ni kaler hijau muda. Baju aku? Tak boleh letak kat sini. Nanti tak special la uoolls. Yang pasti penat kaki I ni berjalan, lenguh-lenguh. Balik malam dah rasa macam kaki nak tercabut. Terus je tergolek nak tidur.
Lega hal baju dah selesai. Tinggal nak carik beg and kasut. Minggu depan kot baru keluar. Actually kalau keluar nak dekat rayer, lagi terasa kemeriahannya walaupun agak sesak.
Ni rupa manusia yang dah penat meng-round selepas 3 jam! Sampai I dah mencangkung kat situ. Tak peduli dah hilang segala keayuan
9 comments:
akak malas nak redah tempat banyak orang ni. boleh hangen 1 badan nanti haha
wah da shopping raya~~ bestnya.. kte tahun ni tak beraya mana la.. coz tgh wat short sem.. so blik raya da kena ready final. so raya maybe suam2 je huhu
cik lynn xda lagi baju raya ni....huhu
saya pun baru je pegi jalan TAR semalam..mmg padat..tapi berbal0i...raya kan setahun sekali..
wah!!! shopping sakan ya syara...
mmg penat shopping.lagi2 kat jln tar yg selalu sesak tu
amal rindu nk g sana kut
alahai baru pegi jalan tar sabtu lepas. taktahan sesak sgt orggg sampai pening kepala hahaha. last2 tak jadi pn shopping nyeee
Wahh. Best nya. Kalau saya pergi dekat TS.. :)
Post a Comment