Tuesday 30 July 2013

Request : Cara tingkatkan followers

Salam. Kalau korang tengok dekat sidebar tu, aku baru letak satu widget baru, Ask.fm. Sebelum ni dah banyak jugak pertanyaan yang aku terima kat blog so aku akan balas dengan cara blogwalking balik. Tapi agak payah bila Anon yang tinggalkan komen. Tak kan nak blogwalking jugak? Kalau aku reply dari entry blog pun agak menyukarkan si Anon untuk cek balik. So, dengan adanya Ask.fm ni, aku harap sebarang pertanyaan korang drop kat situ je ye. Korang nak cek aku dah jawab belum pun senang je. InsyALLAH aku akan jawab semua pertanyaan.

Semalam cek email and ada satu email dari Ask.fm. Aku dah jawab di akaun aku. So, disebabkan tu merupakan requst dari Anon, aku up entry ni.


Ni dari email



Aku dah jawab ni my Ask.fm

Cara tingkatkan followers. Honestly blog aku bukan ramai mana pun followers. Setakat entry ditaip baru 1118. Belum lagi mencecah belas ribu, puluh ribu macam Fatin Liyana, Maria Elena, Yuyu Zulaikha, Irene Nadia Marcello and lain-lain. Rasa macam tak layak pulak untuk aku bercakap soal ni. Memang agak jauh nak dibandingkan dengan blog picisan aku ni.

Tapi aku berusaha jugak menjawab pertanyaan si Anon berdasarkan pengalaman aku. Actually aku bukanlah baru dalam dunia blogging. Dah hampir 4 tahun cuma akhir-akhir ni baru aktif. Memang diakui, mula-mula blogging, nak dapatkan satu follower pun susah. Bila bilangan followers meningkat walaupun sikit tu dah rasa bersyukur sangat sebab ada jugak orang nak baca blog kita ni.

Here are some tips yang dapat aku kongsikan dari pengalaman aku sendiri.

1) Post entry
Dalam 4 tahun ni, banyak jugak benda yang aku belajar. Idola dalam dunia blogging of course si bakal doktor, Fatin Liyana. Pada aku, entry memainkan peranan paling penting. Awal blogging dulu entah pape je yang aku post tapi lama-kelamaan penulisan kita makin matang. Aku pun tak kan post benda yang entah pape. Kalau rasa idea tu tak da and tak mampu untuk dikerah, jangan update. Aku rasa orang pun tak berapa suka bila kita merapu meraban kat blog ni.

2) Hasilkan keselesaan pada viewers
Ada sesetengah blog yang bila bukak, terlalu loading, font entry tak sesuai sampai menyukarkan bila nak baca, tak da comment box, singkatan yang agak sukar difahami or agak payah untuk dibaca, benda-benda ni patut kita sebagai blogger tengok. Ada jugak blogger yang tak suka dengan 'word verification'. So, cek balik blog korang. Paling utama, kalau blog korang berat and loading, orang pun tak nak datang.

3) Rajin-rajinlah blogwaking
Jangan malas blogwalking. Rajin-rajinlah blogwalking and tinggalkan jejak kat blog orang lain. Macam aku, aku memang suka blogwalking. Suka baca ape yang blogger-blogger lain update. Setiap hari kalau ada masa memang akan blogwalking. Dari blogwalking ni jugak kita dapat berkenalan and beramah-mesra dengan blogger-blogger lain.

4) Rajin join segmen/Giveaway or jadi sponsor
Ada dua benda kat sini. Memang banyak segmen/GA yang dianjurkan blogger-blogger lain. Sekarang ni aku memang agak jarang join. Dulu memang selalu. Almaklumlah kadang-kadang aku tak da masa nak cek balik. Tapi terima kasih sangat-sangat pada sesape yang jemput aku join tu. Ada jugak yang inbox offer untuk sponsor segmen/GA diorang. Its ok for me. Aku tak da maslaah. Aku akan sponsor setakat mana yang mampu and so far setakat ni alhamdulillah. Semuanya ok.

Ni antara yang dapat aku kongsikan. Kalau ada korang nak tambah, sangat dialu-alukan. Pada Anon, saya dah menjawab request anda and terima kasih sebab request di Ask.fm..:)

5 comments:

Nina Mads said...

nice sharing :)

Fazleyatul Aini said...

follower ramai pon tapi tak semua baca entry kita. komen pon segan je hukhukhuk

Adilah Asari said...

dalam berblog mesti jadi diri sendiri..baru la pembaca suka kan ^_^

Unknown said...

Mieya pon dalam usaha nak kurangkan loading blog Mieya nie. Agak lambat sedikit

adam said...

nice info.. ada masa boleh cuba applykan...

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman