Tuesday 2 July 2013

English?

Salam. Zaman sekolah dulu, English memang antara subjek yang aku cukup tak gemar. Aku paling malas nak bukak kamus yang bapak tebal tu semata-mata nak carik maksud satu perkataan.

Bila kene belajar kat rumah pun, aku tak usik pun English. Aku cuma usik bila ibu membebel. Aku lagi prefer Maths. English aku zaman sekolah biasa-biasa je. Tak pernah pun dapat highest tapi entah macam mana SPM dapat A. Kui kui..

Sambung diploma, bahasa perantaraan, English. Bila semua subjek dalam English, tu buat lama-lama aku rasa English tu best and tak la susah mana nak faham. Yang penting kita tanamkan minat and jangan set dalam kepala, 'Susah'.

Sambung belajar memang mostly guna English. Kuliah, tutorial, presentation, assignment, memang tak kan lari dari English.

Dulu aku pun pernah rasa English tu susah. Tapi bila makin besar baru sedar dan berfikir sendiri tentang pentingnya English. Negara kita tak macam Korea and Jepun yang menggunakan bahasa ibunda. 

Kalau seseorang student tu tak tau berbahasa inggeris, so how dia nak face dunia luar? Macam mana nak compete kat luar sana?

Actually, entry ni terhasil dari aku ke interview Maybank baru-baru ni. Ada sorang calon tanya aku, "Kak, interview dalam BM ke BI?". So aku jawab, "Interview dalam BI biasanya". Susah nak carik interview sekarang in BM. Memang mostly English.

Aku pun bukanlah berhabuk segala bagai speaking. Tapi dari masa ke semasa aku try to improve my communication skill. Tak semestinya kene blajar English macam dekat sekolah tu.


Dunia sekarang macam-macam. Even online facebook pun belajar English kan? 'Welcome to Facebook', 'Home', 'Profile'. Tengok English movie pun membantu. Even cerita Melayu sekarang pun dah ada English subtitle. So why not sambil berhibur tu kita belajar jugak?

Selain tu, baca English novel, English newspaper. Jangan takut untuk baca. Carik keyakinan diri untuk cuba baca. Seriously English novel pun banyak best-best. Carik novel yang interesting and korang rasa korang mampu baca.

Sekarang ni semuanya mudah tak macam aku dulu. Malas bukak kamus, 'Google Translate' ada. Tak pun kamus besta. Semua senang, klik je!

English memang bahasa yang penting. Kat luar sana mostly menggunakan English. Salah satu masalah graduan sekarang pun, English level. Jadi, why not kalau kita sama-samakan tanamkan minat and improve English masing-masing. Oh My English! Hehe..

2 comments:

Eina Sakinah said...

dengar n nyanyi lagu English pun dpt kita bljar jugak cara sebutan dia kan.. huhu :)

Alia Syahira said...

saya just suka dengar lagu english . belajar english tak bape nak suke . hihi --"

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman