Saturday 15 June 2013

Tersubmitnya thesis!

Salam. Alhamdulillah..syukur sangat-sangat semalam 14hb aku dah berjaya submit thesis with CD sekali to my advisor, Prof Madya Dr Ahmad and ketua course, Dr Shikin.


Serius cakap sampai sekarang still rasa macam tak percaya. Kenapa? Actually nak menghasilkan satu thesis (kajian) bukan senang. Memang bukan senang.

Thesis aku berkaitan dengan Islamic Home Financing. Dari awal sem lepas aku dah present tajuk thesis pada ketua course and approach advisor. Mula-mula nak bagi idea tajuk kat Dr Shikin, seram sejuk pun ada. Macam-macam soalan yang keluar dari mulut dia. Apa je pandangan untuk penambahbaikan semua aku amik.

Approach Prof Madya Dr Ahmad tak susah. Alhamdulillah dia setuju untuk jadi my advisor. Tambahan pulak dia salah seorang lecturer aku sem lepas.

Beberapa bulan memang hidup aku busy. Terkejar ke sana-sini terutamanya untuk jumpa advisor and ke kampus, tambahan pulak tengah praktikal, memang aku penat. Sampailah kemuncaknya baru-baru ni aku MC demam. Dalam demam and sakit kepala pun aku gagahkan diri buat thesis.

Kos? memang banyak jugak yang aku spent sepanjang tempoh/proses menyiapkan thesis. Siap aku beli printer lagi kat rumah untuk kemudahan. Ye la, banyak journal and artikel yang kena refer.

Tak lupa jugak ucapan thank you so much pada rakan blogger Kisa and Kira yang telah membantu bagi menyiapkan survey aku. Jasa anda tak terhingga.

Satu pesanan pada adik-adik yang bakal berhadapan dengan thesis nanti, ingat! Jangan buat thesis last minute. Thesis tak seperti assignment biasa yang boleh lambat-lambat and tangguh-tangguh. Nanti diri jugak yang merana.

Tersubmitnya thesis meaning dah boleh grad la? Eh, sabar lagi sabar. Ada lagi seminggu nak habiskan praktikal pulak. Pape pun kiranya sekarang ni aku dah boleh buang semua pen dan kertas-kertas yang membelenggu diri la kan? Hehe...

7 comments:

Syazwanie Afandi said...

Alhamdullilah.. penat yang berbaloi kak :)

Nurul Syuhadah said...

Takut pula Adah nak tunggu lect inform kena buat thesis. hehe. Dah la Adah suke wat keje last minit :D

Ein Farah said...

ok. sy jeles dgn anda :P

*x sabar jugak nk habis* hihi

Unknown said...

alhamdulullah
ringan sedikit rasa beban

asfira aminuddin said...

pergh untuk grad you kena bwat thesis eh? i punye kena bwat case study je. good luck babe! :)

Unknown said...

hadiah-hadiah seperti bracelet , peplum , teddy bear , coklat , shawl serta banyak lagi ditawarkan kepada anda . tamat pada 1 JULAI INI .

http://pelaikamonsterer.blogspot.com/2013/05/simple-giveaway-by-ika.html

Unknown said...

Alhamdulillah....
Allah permudahan urusan adik...:)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman