Friday, 15 February 2013

[Praktikal] : 2 minggu

Salam. Alhamdulillah.. Dah 2 minggu since 4 Feb, aku telah selamat berpraktikal. Aku ditempatkan di department akaun. Actually aku pilih tempat ni sebab ayah yang suggest. Aku dapat lagi beberapa tawaran. Tapi disebabkan leceh ke KL and Shah Alam dari rumah, so aku amik yang dekat. Elaun RM 600.

Hari menjelang 4 Feb, memang macam-macam dalam kepala. Macam mana la ek? Boleh ke? Alhamdulillah setakat ni segalanya berjalan lancar. Another 18 weeks to go!

Dari banking aku beralih ke finance and account. Dah la amik Islamic Banking. Entah celah mana Islamic yang aku praktikkan kat sini pun tak tau. Hee.. Aku pernah belajar finance and account zaman diploma dulu. So, memang kena refresh balik. Aku baru je beli buku 'Financial Statements' untuk tambah lagi pengetahuan. Punya gigih kau.


Baru seminggu praktikal hari tu dah Tahun Baru Cina. 5 hari aku cuti. Walaupun mostly duduk rumah je but heaven. Department aku ramai cina. Kiranya kalau campur aku, 2 je melayu. My manager also chinese.

Bila dah praktikal ni walaupun sentiasa duduk dalam air-cond, barulah aku mengerti bagaimana perasaan orang bekerja. Duduk kat office kadang-kadang aku rasa lebih baik pergi kelas, kuliah, buat assignment kat kampus. Rindu zaman-zaman momento tu.

Balik je keje aku dah penat walaupun kat office duduk je kan. Bukannya guna segala tenaga tulang empat kerat. Aku mula faham wanita bekerjaya tu lebih penat bila balik dari office terpaksa menguruskan rumah, suami dan anak-anak. Pheww... 


2 comments:

Unknown said...

best kan buat account! hehe awk buat full set ke cemana?

jeBateja said...

waka...waka....baru hang taw...duduk2 pun koje tu...otak penat ooo...bila otak penat....satu badan penat ooo.....ahakz

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman