Saturday, 2 February 2013

Perkahwinan Abang Ciman & Kak Yana

Salam. Penatnyer! Dalam tempoh dua minggu ni ada je.. Salah satunya majlis perkahwinan abang sepupu aku. Alhamdulillah akhirnya kedua-dua majlis telah berjaya disempurnakan. 

27/01/2013 (Sabtu)


Jumaat sebelumnya abang sepupu aku ni dah selamat disatukan dengan pasangannya Kak Yana. Actually they all ni kenal dari sama tempat kerja kat Institut Jantung Negara (IJN). Sabtu adalah hari glamour untuk kami dari pihak lelaki ke rumah pihak perempuan. Dari rumah pihak lelaki tak jauh pun. 10 minit je. Area KL jugak.


Betul la kata orang and dalam agama pun, perkahwinan ni menyatukan dua keluarga. Kahwin dah abang aku yang sorang ni. Dah 31 tahun ni walaupun dia nampak awet muda je..

02/02/2013 (Ahad)


Majlis di pihak lelaki. Dilangsungkan di Dewan Serbaguna AU5, Lembah Keramat, KL. Kami satu family bertolak dari rumah 10.30 pagi tapi disebabkan jalan yang jammed, pukul 12 baru sampai. Kalau tak sejam je.. Almaklumlah ada sambutan Hari Wilayah.. Lagipun KL kan memang selalu sesak.

Bila di pihak kita, penat la sikit kan. Bukan boleh duduk-makan-duduk-makan-bergambar je. Sambut kedatangan tetamu, bagi bunga telur untuk tepung tawar..ke hulu- ke hilir aku berjalan sampai naik lenguh dah.

Tetamu tak putus-putus datang sehingga jam 4 petang! Wah..meriah-meriah sampai cik mai dah terduduk tak larat nak bagi gift lagi. Haha..


Tahun ni memang tahun ramai yang kahwin dari kalangan sepupu and kawan-kawan. Disebabkan aku hanya praktikal dan duduk di rumah tanpa membazirkan duit menyewa, dapat la aku attend mana-mana majlis. Kalau dulu waktu kat Segamat, ada je majlis yang tak dapat nak attend. Tak best sungguh!

Tahniah untuk pasangan pengantin and yeay! Kita dah ada kakak sepupu baru yang sangat sempoi..=_=

6 comments:

Unknown said...

both side pelamin cantik. congratulations to them :)

Unknown said...

cantiknye pengantin..berseri2..
follow sini

jeBateja said...

Samo lah kito...ramai gak sepupu yg kahwin....tgk org naik pelamin....teringin nak aik sekali lagik....waka....waka.....kena balik periuk gamak nya,....ahakz

Anonymous said...

Cantiknya pelamin dan pengantin..bertambah serinya..hihi

MisEyz BLurz said...

Maaf..tertekan anonymous plak..hihi..terlalu excited..ehhee..cantik pelamin dan pengantin..bertambah seri^_^

Unknown said...

Cantiknya pelamin dorang..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman