Thursday, 10 January 2013

SEGMEN : Saya blogger dari Negeri...

Salam. Bukak je blog pagi ni ada di cbox and komen yang aku telah di tag! Thanks to dayah..:)

Actually lama dah aku tak join segmen segala bagai ni. Kadang-kadang tak da masa. Haha. Celah mana tak da masa pun tak tau..

Aku diberi kuasa untuk tag sesape yang aku nak. Tapi macam tak best pulak. Nak tag korang sume boleh? Mari lah kita bersama-sama merajinkan diri join segmen ni untuk meramaikan kenalan. Cewwaah! Sila ke link INI.


Jom kita start bercerita..

Aku blogger dari NEGERI SEMBILAN. Wahh..noghori kau! Dari area Seremban. Ala..Fatin Liyana pun Seremban jugak kan. Hehe.. Apa yang menarik dengan NS? 

Pada aku NS ni negeri yang penuh beradat. Ala..sume tahu kan. Kalau dekat Seremban ni, dah tak kuat sangat adat. Tapi cuba ke Kuala Pilah, Rembau, Jelebu, tu sume kuat adatnya lagi. Even kalau ke kenduri kahwin area sana pun, dapat tengok adat yang di-implement. Dengan Dato' Undang Luak segala bagai.. 

Kat area aku ada jugak terutamanya kalau nak kahwin. Selain inform imam awal-awal, Tok Adat pun kena bagitau. Kalau Tok Adat tak tau, tak boleh. Dia wajib dijemput.

Makanan di NS terkenal dengan pedas-pedas. Aku sendiri pun suka yang pedas-pedas sampaikan keropok pun nak perisa yang pedas! Bak kata ayah aku, makan makanan yang tak pedas ni macam orang bodoh je rasanya. Haha.. Gulai or masak lemak cili api tu wajib ada setiap minggu walaupun sekali. Gulai orang NS ni lain sikit. Pekat and sedap! Tak da la kuah cair macam air paip. Tu yang kalau pergi tempat lain tengok gulai yang macam tu, memang aku cukup tak berkenan..

Dulu aku pernah dengar orang cakap perempuan NS ni bermulut jahat.. Issh, chooii! Aku cili mulut tu nanti. Bukan sume macam tu ok. Normally we all ni ada yang jenis cakap lepas. Tak suka simpan-simpan dalam hati, nanti lagi melarat. Sebab tu orang ingat macam tu.

Lagi satu isu tanah pusaka. Yes, I admit! Anak perempuan yang dapat and ibu aku dah siap-siap bagitau untuk adik-beradik aku yang perempuan. Tapi jangan salah anggap. Lelaki ada bahagian dia.. 

Ok..rasanya tak perlu panjang-panjang. Nanti uoolls boring. I pun penat. Haha.. Cukup simple tapi padat!

Jom join!


7 comments:

wahida said...

suami I org n.9..heheh...

cik lebah said...

hye, I come from the same segmen

http://tenggilingbergulung.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

Unknown said...

saye selangor. mihihi

Cik Momo said...

org nogori byk adat eh? selalu dgr mcm tu .^^

Bie Cimbelang :) said...

Bie belum penah lg dtg N9, Bie dari Ganu.. kepok lekorr hihi

Unknown said...

Saya pun orang nogori . Jom singgah blog saya !

Peace Yoo !

http://nurhidayah-azami.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html

Unknown said...

hai assalamualaikum
yeen pun orang nogori jgk
jom terjah ke blog sye hik2
http://treasurelicious.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman