Salam. Yeaahh.. Cik mai baru sampai rumah. Rasa kelegaan yang sungguh berganda-ganda after habis test Legal Framework (LF) petang tadi. Actually nama penuh subjek ni, Islamic Financial Legal Framework.
Semua subjek sem ni memang berat. All 4 credit hours! Semua okeh dan tak da terkecuali. LF adalah subject berkaitan law dalam Islamic banking and finance transaction. Sungguh la persis seorang bakal lawyer yang kusyuk menghadap akta. Ceh, serius hampeh!
Sejak turun-temurun aku memang sangat anti dengan law. Allergic dengan subjek yang berkaitan law. Diploma dulu pun pernah study Business Law. Disebabkan dah pernah ada pengalaman la aku naik menyampah. Tapi dah namanya belajar and wajib diamik, so aku amik la walaupun hati merota-ronta nehi nehi nehi!!
Test yang kedua hari ni melibatkan topic court jurisdiction, takaful and e-banking. Disebabkan group aku yang present court jurisdiction hari tu, jadi permintaan, panggilan dan inbox facebook sentiasa meronta-ronta untuk dijawab. Serius hiperbola punyer statement. Few cases yang we need to know what the fact, issue and court held. Yang jadi tukang ajarnya my group member.
Kawan-kawan yang sama-sama berjuang dari mula sampai la nak ke penghabisan ijazah
Dari petang semalam study beramai-ramai dalam kelas, sampai ada yang datang rumah lagi untuk study cases. Tu belum masuk sms and inbox yang kena balas.
Finally masa untuk memuntahkan segala yang ada tiba bila kertas test 2 LF depan mata jam 4.30 petang tadi. Sungguh la tangan aku penat and lenguh-lenguh menulis. Dakwat pen pun sampai habis. Nampak sangat kusyuk menulis. Padahal.....dakwat memang dah nak habis pun..
Habis test ke mall, One Segamat. Masuk cuci mata ke kedai buku Popular. Wahh... I like tengok banyak banyak banyak banyak buku ni! Padahal tak da satu pun yang aku beli. Gaya je lebih.. Then pergi main game. Dua game aku tibai. Seronok bergelak-ketawa sampai rasa tak puas. Rasa nak nak nak dan nak lagi main. Pokai mak cik!
Tak cukup dengan tu, kami makan McDonald pulak. Teringat ayam goreng yang pedas. Waaahhh.. Serius gemuk I macam ni! Dan dan...balik dari McD terus pergi Giant timbang berat. Then one thing that surprise me yang berat I tak naik pun. Serius suka dan suka. Boleh makan banyak-banyak lagi!
Tengok, baru habis satu test pun dah macam ni. Kalau hari-hari macam ni mau lingkup. Tak pe...hari ni je kan.. Coz LF ni men-stress kan.. Harap-harap dapat skor..InsyALLAH...
2 comments:
business law? hurm sye pom bkl ambk subjek 2...camne??susah x??
business law.. hee ambk jugak dip dlu.. kurang gemar.. hehe Alhamdulillah.. lulus..~ skhg kte da smbg stdy kt UiTM Puncak Alam :) wah da final year.. sem dpn L.I la ek.. gud luck dunia baru ;) best of luck 4 final exams ~
Post a Comment