Monday, 26 November 2012

Zoo Johor

Salam. Seharian meluangkan masa dengan En Sayang diisi dengan dua aktiviti. First, kami menonton Breaking Down-Part II. Yeahh! Best akhirnya dapat tahu penamat filem popular Twilight. City Square JB dah jadi tempat rasmi kami menonton wayang. Punya excited yang walau macam mana pun aku tak peduli, nak tengok cerita tu jugak!

Then, we all ke Zoo Johor. Actually ni adalah permintaan aku. Tak kisah la korang nak cakap apa pun. Dulu time kecik-kecik aku selalu pergi Zoo Negara. But last aku ke sana, umur 12. So, dah 10 tahun tak pergi zoo. 10 tahun okeh!  


Punya excited dari pintu masuk. Walaupun ianya kecik berbanding zoo negara, but ok la kan. Bila dah lama tak masuk zoo ni, aku jadi takut sikit. Terutamanya bila pergi kandang harimau. Harimau tu aku rasa nak menerkam dah. Dengan bunyi dia lagi. Habis baju si dia aku tarik ajak cepat. 

Yang bagusnya dekat sini, tempat harimau and singa sangat selamat untuk pengunjung. Terdapat tembok yang tinggi. So, kalau nak tengok haiwan ni, kena naik tangga ke atas. Boleh tengok dengan clear dari atas.

Ni dari atas untuk tengok harimau and singa


Actually, ada satu spesis haiwan yang aku nak sangat tengok. Sebab tu la excited aku terlebih. Apa dia??

Si comel kura-kura!!

Aku suka kura-kura since tengok filem Cinta Kura-Kura. Ala.. Yang Ariel Zafril dengan Tiz Zaqyah berlakon tu. Ha, dari situ la aku suka giler dengan kura-kura. Aku rasa kura-kura ni saaaaangat comel dan aku menanam impian untuk memelihara kura-kura. Yeahhh!

Di kolam kura-kura

Antara gambar lain..





Seronok dapat pergi zoo. Lama sangat dah aku teringin tapi tak da yang sudi nak bawak even adik-adik pun cakap, "Ape la kak yong ni nak pergi zoo. Macam budak-budak". Finally, ada jugak insan yang mendengar luahan hati ni..^_^

3 comments:

Nurhanis Zamshah said...

kura kura itu comel okey. haha

AyiedZudin said...

dah cantik Zoo Johor sekarang :)

Unknown said...

eh sape yang tersayang tu ~..:)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman