Salam hujung minggu! Ha..study week oh study week. Balik kampung untuk dapatkan ketenangan and mintak restu sebelum menghadapi 6 paper sem ni. Duduk rumah ni best. Makan minum bertanggung. Tak perlu fikir budget macam kat Segamat.
Semester ni aku amik 7 subjek tapi 6 subjek untuk final. Etnic Relations, Entrepreneurship, Monetary Economics, Islamic Financial Planning, Islamic Banking & Financial Services and Advanced Fiqh Muamalat. Subjek paling killer, Monetary Economics. Uuuii! Pening kepala. Bayangkan dulu aku pernah terfikir nak amik Degree in Monetary Economics kat UM.
Hari ni kawan-kawan serumah dah bertolak balik ke Segamat. Disebabkan my first paper hari Rabu, 27hb, so Selasa baru balik. Kalau Segamat tu sejengkal je, aku datang time exam je!
Aku bukanlah jenis kaki study. Study ikut mood. Not study hard but study smart right? Alhamdulillah, setakat ni semua subjek boleh bawak dan insyALLAH boleh skor. Yang penting usaha + berdoa. Fighting!
Pada semua pelajar ijazah UiTM yang akan start berperang dari 27 Jun hingga 15 Julai, good luck! Semoga kita semua beroleh kejayaan dan dipermudahkan segalanya oleh Allah swt..:)
5 comments:
Goodluck dear :)
Gud luck too kak mai..
salam..bley x bg list topic tuk advance fiqh muamalat?? mekaseh
salam..bley x bg list topic tuk advance fiqh muamalat?? mekaseh
Salam..nak list subjects utk degree isb blh...
Post a Comment