Salam. Hari ni 28 Rejab. Actually semalam 27 Rejab Israk Mikraj. Tapi kami satu kelas decide untuk berpuasa dan berbuka bersama hari ni. Ambil keberkatan sempena bulan Allah swt yang mulia ni.
Alhamdulillah, walaupun aku ada gastrik yang agak payah sikit, aku dapat sempurnakan puasa hari ni. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain. Muka nampak ceria je walaupun berpuasa. Hehe.
6.30 petang masing-masing dah ready di restoran pilihan. Susun meja punyer panjang untuk cukupkan 23 orang. Actually my classmate 30 orang. 23 orang pun dah cukup meriah. Order nasi campur dengan beraneka jenis masakan seperti sup tulang, tom yam, telur dadar dan lain-lain. Walaupun aku dah hampir tak da suara, tapi tetap bedal air sirap sejuk yang dihidangkan.
Budak-budak kelas aku ni gila sikit. Ada je yang nak di 'bahan' nya. Yang penting, overall you all memang best! Kitorang sedaya upaya melicinkan semua yang ada walaupun aku akui perut sangat penuh. Tapi alhamdulillah berpuas hati.
Thank you so much to Zam aka Cikgu yang planning benda ni melalui group di facebook. Dah la bulan puasa tahun ni kita tak da kat Segamat, so berpuasa sunat bersama-sama macam ni pun best jugak.
Kalau dah gathering macam ni, tak best la kalau tak da gambar. Of course kamera tu wajib dibawak!
2 comments:
meriah2
bestnye berbuka beramai2 :D
Post a Comment