Salam. Tadi ke Upwell, Segamat. Pusing sana-sini melegakan perut yang baru lepas mencekik and tejumpa papan hitam kecik comel! Hari tu pun ada jumpa tapi tak da penggantungnya. Tapi tadi dah nak rezeki, ada penggantungnya sekali. Dengan cuma RM9.90, aku rembat.
See.. Comel kan? Ada 3 batang kapur provided. Dah lama tak guna papan hitam weh! Memang back to old school! Even darjah 5 dah start guna whiteboard. Jarang guna papan hitam. Tu yang rindu.
Dulu zaman sekolah masa guna papan hitam, excited nak pergi menulis kat depan. Main cikgu-cikgu pun pernah. Semuanya kerana nak menulis guna kapur. Bila geram dengan member lagi la..baling je kapur tu! Tu belum masuk kotorkan kerusi kawan dengan kapur biar baju sekolah or seluar diorang kotor. Haha.
Excited jugak bila nak padam papan hitam. Lepas tu tepuk kuat-kuat duster tu kat kaki lima nak keluarkan habuk kapur yang ada. Bila jahat sikit, cikgu bukak je sekotak kapur, esoknya banyak la yang berkurangan tak pun banyak yang terpatah. Kenapa? Ehem-ehem...
Kalau mengingat zaman guna papan hitam and kapur ni, aku sangat suka. Cikgu kalau marah kitorang dalam kelas pun, dia baling je kapur tu. Lain tau sentimental value dia berbanding whiteboard.
Bila umur dah menginjak makin tua ni and ternampak papan hitam berserta kapur, apa lagi. Keriangan zaman kanak-kanak ribena tu datang lagi. Saje beli letak dalam bilik untuk update apa-apa yang penting setiap minggu. Alert sikit.
7 comments:
ala comelnye...
skrg ni semua da pakai whiteboard ngan marker..
waaaa....best jugak kalau aq benda ni kan.mcm iyka nie pn..byk sgt lupanya..almaklum la..dah tua cikit.hihihihi...
Pehhhh....den dulu sekolah tadika....sorang seketul papan itam comel ni....ahakz...
upwell segamat !
dulu selalu lepak2 makan kat area upwell yang medan selera panjang2 tu. apa ke nama medan selera tu. lupa sudehhh
comelnya..:DDD
lama dah tak main papan hitam dengan kapur ni..masa kat sekolah rendah dulu je..hoho
hahaha comelnya. i pon tyme sekolah suka sgt tulis kat papan hitam. boe la u berangan jadi cikgu babe. ;)
bli kat mn ye..?? srius nk cri bnde ni. nk buat amek gmbr.. huhuh
Post a Comment