Sunday 18 September 2011

Seminggu di Segamat

Salam. Hye korang! Jadual harian aku dah start macam yang dulu balik. Tak sama waktu kerja sementara hari tu. Tapi kali ni agak memenatkan.


Alhamdulillah, 11hb Ahad lepas aku dah selamat mendaftar di UiTM Segamat dalam Bachelor of Islamic Banking with Hons. Aku pun dah dapat rumah sewa dekat Bandar Utama, Segamat. Faham-faham la kalau Bandar Utama kan. Macam-macam ada. So, aku tak risau kalau nak cari barang or whatever. Stesen bas and keretapi pun dekat.



Isnin 12hb aku ke kampus untuk pengecualian kredit. Gembiranya hati bila pengajian 3 tahun jadi 2 tahun. So, 3 sem study and 1 sem lagi praktikal. Selasa, program pemantapan siswa. 8 pagi sampai 6 petang kat kampus. Sakit pinggang I ni duduk lama bebenor. Rabu and khamis start kelas. Jumaat walaupun cuti Malaysia, aku dan seluruh pelajar degree yang baru mendaftar wajib ke kampus untuk modul Insaniah. Kalau tak, tak grad la I.

Semalam, Sabtu ingatkan dapat berehat-rehat. Tapi ke kampus untuk submit borang perjanjian PTPTN. Dari 8 pagi sampai 3 petang barulah tiba giliran aku. OMG! 7 jam I menunggu. Perut dah berdendang sayang, kepala dah pening tapi tahankan jugak semata-mata nak hantar borang tu. Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Tinggal tunggu duit masuk je. Hehe.

Itu la apa yang aku lalui setelah seminggu kat Segamat. Bas UiTM amik and hantar student. So, transport memang tak perlu risau pada mana-mana yang duduk luar. Dari segi makanan, kat sini mahal. Ada la beberarapa malam aku and housemate kena cekik. Harga 2 kali ganda dari Bangi.

Lepas ni, dah tak boleh balik kampung setiap minggu. Kena belajar berdikari. Mula-mula aku rasa payah jugak. Tapi lepas 2-3 hari kat sini, I start to fall in love with Segamat. Macam tu la mind set. Haha. UiTM di hatiku.

8 comments:

FizaFizz said...

wahhh! bestnya dapat kos islamic banking! dulu amek dip apa? :) insyaAllah kita pun nak amek islamic banking degree nnt! huhu ;)

Mysara Ab Rahman said...

dlu dip in banking..
insyALLAH...gud luk k...:)

zoobida wiwi said...

makanan kat sini murah + sedap :) :) :)

Lya said...

all da best!! ^^

Atiqah Wadiah said...

1st year degree ya?best of lux :)

Unknown said...

wahh ! dgree kat segamat ye ? selamat datang ke Segar Amat ;) kiter diploma je . heheh

Anonymous said...

hai..bleh x nk tau ape subjek setiap sem untuk degree in islamic banking..??
really need ur help sis..

izzham aziz said...

Hi. Bagaimana untuk ke Uitm Segamat dari stesen bas segamat?
ada kemudahan bas?

Terima kasih.

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman