Salam. Apa kes? Tetibe ditipu pulak. Aku tengah geram sebenarnya.
Aku pernah ditipu dulu oleh satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet. Cukup kalau aku gelar syarikat X. Waktu mula-mula nak daftar guna dulu, aku ada call. Diorang bagitau tiada caj penghantaran dan pemasangan. RM 0. Waktu tu memang sibuk promosi kat tv tiada caj penghantaran dan pemasangan. Dasar iklan semata-mata!
Bila dah dengar semua explanation, aku pun bersetuju untuk on servis internet dari syarikat X kat rumah. Diorang datang and pasang semua then, aku boleh online!
Bil bulan pertama sampai, dah ada tertunggak RM 300+++. How come!! Bil pertama tu. Mula-mula aku buat tak tau. Ingat tak da pe benda. Last-last, bil berikutnya pun ada tertunggak tersebut. Ibu mula syak something and suruh aku call syarikat X.
Aku call and bagitau tentang tertunggak yang ada dalam bil. Ada ke diorang kata tu caj penghantaran dan pemasangan? Ni yang buat aku naik angin. Dah la sampai RM 300+++. Mula-mula aku nak guna dulu, bukan aku tak call diorang. Diorang siap kata RM 0 lagi. Terang jelas dan nyata lagi telinga aku ni mendengar. Apa lagi, memang aku bertekak la dengan orang tu. Dasar menipu betul!
Tapi..ye la, kita ni siapa. Manusia biasa je. Diorang tu syarikat besar. Nak tak nak aku kena la settlekan benda tu walaupun dalam hati ni membengkak. Free-free je duit melayang.
Semenjak aku dah terkena benda ni, mana-mana member yang bagitau nak guna servis internet dari syarikat X, aku suruh berhati-hati. Aku dah terkena, so aku tak nak orang lain pun sama.
Dan disebabkan itula aku guna maxis broadband sekarang. Lagi bagus. Boleh bawak sana sini dan tak da mana-mana caj tersembunyi yang meragukan.
Gambar tiada motif dan kait-mengait dengan entry. Sekadar hiasan oleh tuan tanah untuk meng-cool-kan diri
11 comments:
sabar jew la ...dorng nk bak2 nk tipu mmg cerdik ...syarikat ape tuh ?bgy je thu ...nnty x la kawan2 kena tipu ...
maxis bb is the best.laju je kan :)
harul : terpaksa la bersabar..
syarikat pe? sy dh post kt blog kamu..:))
SS : aah...laju je..:))
huisyy banyak tu dia caj. adoi.. kalo dni geram gak.
biasa la..klu x de orang menipu..xde plak syurga ngn neraka..x gituu??
wahhh...bgtaw lah taw nama syarikat tu....
syarikat apa tu??kesian nye kat awak.. dah la 300++.. kalau 30 tak pe jugak.. sabar na :D
walaupun gambar tu xde motif..tapi gambar tu terbaik..hihi
biasa lah tu..depa nk untung. maera penah kena, syarikat besar tu cakap, dia limitkan bil phone kepada rm200. so supposely bila dah sampai rm200 diowg bar la kan account kite tu. tup-tup sampai bil rm400++. bengang gilak la makcek nie. trus tak guna dah no syarikat tu.
cer brani sket. cakap je syarikat apa tu. boleh kami kondem ramai2.
Post a Comment