Salam. Masa mula-mula kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), husband dah siap restock penuh peti ais rumah. Barang-barang makan kudap and semua macam-macam ada. Seminggu pertama tahap kerajinan aku masak memang luar biasa. Sarapan, lunch, minum petang and malam. Boleh kata kat dapur je la.
Masuk minggu kedua kerajinan mula menyusut. Ditambah dengan dapat tau pengumuman PKP dilanjutkan untuk tempoh lagi 2 minggu lagi sehingga 14 April. Aduhhh... Makin kurang mood aku. And now dilanjutkan lagi PKP Fasa 3 sampai 28 April.
Ni waktu kerajinan datang buat mee sup
Sejujurnya memang dah boring duduk rumah nak-nak untuk kita yang dah biasa bekerja ni. Even company mengamalkan Work from Home, tapi tak kan sama dengan dekat office. Aku yang anak sorang ni pun rasa ributnya nak settlekan kerja office dengan si kecik yang nak menempel je.
Sepanjang hampir sebulan PKP ni, memang aku kalau kata keluar rumah tu, pergi rumah sebelah je sebab babysitter nak main dengan si kecik ni. Selain tu, tak da. Waktu siang memang ada lagi kenderaan yang lalu. Tapi bila malam sunyinya ya Allah. Kalau tak depan rumah ni ada sederet kedai makan yang memang bukak sampai pukul 3 pagi. Sekarang ni kalau tinjau luar malam-malam, boleh tengok pokok bergoyang je ditiup angin.
Duduk rumah pun ribut dengan si kecik ni. Tak sampai 10 minit selepas gambar ni diambil dia pecahkan telur tu💆♀️
Barang dapur semua husband aka ketua keluarga yang beli. Alhamdulillah my husband memang dari dulu tak perlu risau beli barang. Kadang dia lagi pro dari aku. Aku duduk rumah pun mostly dengan si kecik ni sebab dia bekerja.
Harap Covid-19 ni cepatla reda. Ramadhan dan Syawal tahun ni tak kan sama dengan tahun-tahun sebelum. Mesti akan rindu momen bazar, tarawih. Mesti sayu je rasa nak masuk Ramadhan nanti.
Untuk semua, please stay at home. Dah hampir sebulan kita harung. Kalau dilanjutkan lagi pun untuk kebaikan kita semua. Virus ni kita tak nampak. Mana yang ada anak kecik lagi risau. Kita mampu!