Wednesday 7 February 2018

Check in : Imperial Heritage Hotel, Melaka

Salam. Sejujurnya cuti seminggu after wedding memang tak cukup untuk aku. Banyak benda kena diuruskan. Sampaikan kami berdua tak terfikir pasal honeymoon. Actually masyarakat kita yang sibuk je bertanya nak honeymoon kemana la itu la ini la. Pada kami, ada masa kita pergi. Tak kisah la bila-bila. Aku ni nama je cuti kahwin, tapi still dapat panggilan dari office. Cemana? Tak tenteram betul. Haha😆.

Ni pun kami cuba curik masa berjalan berdua kejap. Jadi dalam dok pikir tu, kami ke Melaka and hasil survey melalau booking.com, kami memilih untuk menginap di Imperial Heritage Hotel, Melaka. Hotel yang dari luaran boleh nampak seni bina unik ala English style and betul-betul di tengah kawasan bandar. Hotel ni berhadapan dengan Hatten Hotel and banyak mall di sekitarnya, antaranya Mahkota Parade and Dataran Pahlawan Melaka Megamall.  Juga dekat dengan Dataran Pahlawan di mana malamnya tak pernah sunyi dan terdapatnya Menara Taming Sari. Tu antara sebab kami memilih hotel ni.



Kami check in tengah hari and lepas tu terus berjalan untuk memenuhkan perut yang mintak diisi. Tak susah nak carik makanan. Turun je dari hotel bersepah mall or reatoran dekat kawasan berdekatan yang boleh korang pergi. Kami memilih restoran Secret Recipe sebab biasala kadang-kadang tekak aku ni mengada. Hasil guna debit card Maybank, dapat free 1 slice cake.



Kalau korang yang tak suka kesibukan bandar, hotel ni tak sesuai untuk korang. Aku and husband pulak gemar tempat macam ni. Bila kat tengah bandar ni, semuanya disekeliling kita! Jenuh jugak la kaki berjalan sebab cuci mata!


Dari segi servis hotel ni, memang terbaik! Alhamdulillah. Dari customer service hinggalah ke room service. Aku kalau book memang aku siap ambik breakfast sekali. So breakfast dia pun variety and korang boleh pilih nak berbumbungkan langit ala-ala garden di bahagian luar or duduk berair-cond.


So far walaupun sekejap masa yang kami ada disebabkan kekangan masa, aku amat puas hati. InshaaAllah ada masa kita datang lagi ye☺️.

4 comments:

Adilah Asari said...

alhamdulillah..tahniah dan selamat pengantin baru..
yaya dlu tak sempat pun nak honeymoon lps kahwin makanya babymoon je sempat selepas 5 bulan..kiki

E'in said...

next kalau singgah melaka boleh stay kat hotel nie.. hihi.. yang akak gream hatten tu selalu noooooo fully booked..

Mrs. A said...

Blogwalking

Azhafizah MN said...

cantik view kat sini..tengah bandar senang nak explore kan. ada kalanya suka juga tempat jauh dari bandar.

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman