Monday, 26 October 2015

BSN, Rebranding

Salam. Lama tak update. Aku tengok link pun bukan dot com lagi. Dah dot my. Hurmm..why? 

Ok back to tajuk. Alhamdulillah dah empat bulan aku join BSN. Before join dulu memang aku ada dengar pasal BSN nak buat rebranding. Tu pun sebab ada customer BSN waktu aku kat CIMB. Tak sangka sekarang aku part of it. As a staff kami pun dah ada training untuk rebranding. 

18/9 bulan lepas aku baru je masuk branch sendiri coz baru siap renovate. And branch aku business branch. Meaning branch yang utama untuk sesuatu kawasan and dah direnovate mengikut rebranding baru. Layout, warna semua berbeza. Yang baru ni lebih lapang and fresh. Tak da la nampak suram je.

15/10 baru-baru ni, BSN dah buat announcement rasmi tentang rebranding. So, kain-kain yang selama ni tutup kat branch-branch dah dibukak sebab dah boleh guna warna and logo baru. Even aku dekat bank semua form pun immediately ditukar pada yang baru.


Kalau korang ke BSN, pakaian teller pun dah tak macam dulu. Bukan lagi kaler oren biru kebaya tu. Sekarang lebih korporat dan fresh. Dah macam baju gaya pramugara and pramugari pun ada. Haha. Warna sekarang bukan biru lagi. Tapi teal. Macam hijau tu tapi hijau ada banyak group kan. Kaunter mesin ada tiga and kaunter biasa dua. Kaunter mesin ni dipanggil VTM (Virtual Teller Machine). So boleh buat transaksi kat situ ikut nombor yang dipanggil. Mana-mana teller dari seluruh Malaysia akan jawab. So korang berinteraksi macam facetime tu. Ha gitew.

Tak perlu aku cerita panjang-panjang cuma kalau korang ke BSN, korang akan nampak sendiri especially kalau ke business branch macam branch aku duduk sekarang.

Rebranding masih di peringkat permulaan and banyak lagi yang akan menyusul untuk mengukuhkan penjenamaan semula yang baru ni. So, welcome to new BSN! Hee.







5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum mysara.. Boleh tak saya tahu awak temuduga dalam bm atau bi ye dan awak ada tak kena jawab exam sebelum temuduga.. Boleh saya tahu serba sedikit soalan temuduga yang awak kena masa temuduga tak ? Sebab saya ada dapat temuduga teller bsn..

Nor Aqilah Nazri said...

salam. saya aqilah dari staff kolej polytech mara bangi. skg ni sy tgh jejak kejayaan alumni kpt. cari ex kptm. skg keje sebagi apa ye?? nnti tlg apply eh. tq

Muhammad Fadzli said...

salam, well, nice blog.. I need some information from u, regarding BSN's Organisational Structure..or other banks' organisational structure..I do really hope that u can respond and drop a reply-email to faley678@gmail.com thank you.

Mysara Ab Rahman said...

Salam. Maaf terlalu lambat reply. Sekarang ni saya keje under Perancang Kewangan Negeri di BSN.

HANIEZAFRI said...

bank islam dah tukar warna baru ...aritu baru perasan...

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman