Sunday, 23 August 2015

Jamuan Aidilfitri BSN

Salam. Raya pun dah habis. Yang aku ni baru terkial-kial nak update blog. Rasanya sambutan raya aku tahun ni agak hambar melainkan ada celebration dari company yang aku keje. Duduk CIMB dulu mana ada.

Ada dua sambutan. Yang untuk Negeri and under department aku. Pada aku dua-dua sama meriah cuma beza yang Negeri of course lebih ramai sebab melibatkan seluruh Negeri Sembilan. So here aku cerita satu-satu. 

Sambutan Aidilfitri Negeri (8/8/15)
Sambutan peringkat Negeri dekat Restoran Teratai, Seremban 2. Bukan satu masalah besar untuk aku carik restoran ni sebab dulu aku CIMB pun kat Seremban 2. Tepi jalan je. Sampai je pegi photobooth dulu bergambar. Dah la budak-budak geng yang lain sampai lambat. 

Dari segi makanan aku ni memang cerewet. Berapa kerat je aku makan memandangkan aku memang tak kan sentuh ketupat, lontong semua tu. aku cuma makan karipap and air. How sad but at least aku memunculkan diri kat sini. Disebabkan dalam dah penuh, kami duduk luar je. Baru nampak suasana malam gitew. Oh ye, nak cabut awal pun senang. Haha.



Sambutan Aidilfitri Wealth Management (11/8/15)
Kali ni sambutan under department aku. Majlis ni berlansung kat Unit Perancang Kewangan Negeri, Ampangan. Dah la lepas office hour, 5.30 petang. Boleh bayangkan dah penat satu hari then walaupun pergi makan, tapi disebabkan department aku kitorang ni tuan rumah. 

Menu kali ni aku rasa lebih sedap berbanding hari tu. Aku cuma makan laksa je. Actually aku ni cerewet bab-bab makan. Kalau benda yang feveret tu, entah berapa kali tambah. Tapi kalau benda tak minat, memang aku tak makan langsung. 

Budak-budak department aku pun mostly ada. Memang meriah la kalau dah kejenya amik gambar je kan. 




No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman