Monday, 6 May 2013

150 sample!

Salam. Hari ni dah masuk minggu ke-14 aku berpraktikal. Maknanya, hanya ada lagi 6 minggu! Oooyeaahh!

Bila dan nak habis ni memang hati melonjak riang-ria. Excited terlebih. Kat office selalu tenung kalendar menunggu masa nak meletak jawatan. Hek hek.   Siapa kata aku suka berpraktikal? Suam-suam kuku je.

Dah nak habis praktikal juga menandakan makin hampir masa nak hantar thesis. Thesis harus disubmit seminggu sebelum habis praktikal! Aku memang tak da banyak masa lagi. Disebabkan hari tu sebulan aku busy atas urusan PRU13, aku telah mengabaikan thesis tersayang. Mana taknya, kalau dah siang-malam, hujung minggu dipenuhi dengan macam-macam perjumpaan, bila masa otak aku ni nak memproses data thesis? Sob sob...

Disebabkan aku amik Islamic Banking, aku menggunakan primary data for my research. To be valid, aku harus mendapatkan 150 sample! 150 okeh! Bukannya senang! Nak-nak pulak public tak berapa tau tentang Islamic Banking. So how???


Aku nak mintak pendapat korang actually. Tajuk aku tentang ISLAMIC HOME FINANCING

Islamic home financing ada dua produk dan aku tau korang pun mesti tak tau benda ni kan? Sebab kebanyakan orang masih guna konvensional. Unit of analysis yang aku cadang, bank customer and post graduates. Tapi, untuk lagi detail, aku celaru! Advisor aku nak lagi detail.

Aku ada cadang nak distribute sikit through online. Tapi berapa sangat yang aku boleh dapat. Paling kurang 30 je. Agak-agak korang, tempat mana yang sesuai and senang aku nak dapat sample ni? Aku memerlukan masa 2 minggu je untuk kumpul 150 sample ni.

Please help me.......^^

2 comments:

E'in said...

alamat, akak xtahu pasal islamic banking... hehe

Nana Liena said...

kita banking mmg lemah kak..ahah..sabar yg menghadapi minggu2 terakhir praktikal.hehe

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman