Thursday, 18 April 2013

PBAKL datang lagi!

Salam. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) datang lagi! Yeaahh! Memang ni lah acara wajib yang aku tunggu tiap tahun. Dah siap mark handy planner. PBAKL 2013 akan berlangsung dari 26 April hingga 5 Mei bertempat di PWTC.

PBAKL menjadi acara wajib since 2009. Aku akan berusaha untuk cari masa luang walau sesibuk mana pun. Hehe. Nak ke PWTC untuk orang yang macam aku yang tak da lesen ni senang je, amik KTM straight ke stesen putra. Tak jauh dah tu.

Aku memang peminat setia novel. Tak kisah la Malay or English novel. Dua-dua aku baca as long as citer dia best. Publisher yang paling aku minat untuk Malay novel, Kaki Novel (KN). Novel-novel yang dikeluarkan memang best. Kalau tak ke bookstore, aku akan beli secara online. Lebih murah dan senang!

KN pun dah keluarkan jadual untuk bertemu dengan your favourite novelis. 



Novelis favourite aku, of course kak Suri Ryana. Kali ni beliau baru mengeluarkan novel yang ketiga, Playboy Itu Suami Aku (PISA). Of course wajib jumpa dia! PBAKL 2012 aku dah berpeluang jumpa dia untuk dapatkan Isteri Separuh Masa (ISM). Secara kebetulan, buah tangan pertama kak Suri, M.A.I.D pun aku dapatkan kat PBAKL, PBAKL 2011. Nampak tak gigihnya aku di PBAKL? Hee.



Selain dari KN, antara tempat wajib yang aku akan pergi, Karangkraf, Jemari Seni and PTS. Pusing naik-turun mesti cari booth semua ni.

Ada yang risau sebab hari last PBAKL 2013 5 Mei iaitu PRU13? Jangan risau. PBAKL tetap berjalan seperti biasa.


Apa lagi, mark kalendar anda and jom kita serbu beramai-ramai!!

3 comments:

Mieya Atiera said...

ala.. x dapat nak pergi. Mieya bertugas waktu PRU13 nanti.

fatin aziz said...

best ni..kena pergi if ada waktu la..maklumlah busy skrng ni..hehe :P

Nana Liena said...

kita tak pernah pergi langsung pesta buku..sedih..huhu..nanti tunggu la ada masa n duit pergi sana..hehe..kalau akak g kirim salam dekat RAM itu pun kalau beliau ada la..ahaha

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman