Salam. Anda kaki online? Tak cukup dengan lappy, handphone pun online jugak? Jika ye, anda juga sama seperti saya. Hee..
Kalau dah tutup laptop and tarik keluar broadband, amik handphone pergi online balik. Teruk teruk teruk. Ada je application baru, mulalah sibuk gatal tangan ni nak download. Dah ada WhatsApp, tamak haloba download WeChat.
Pernah tak korang sedar, disebabkan bermacam-macam application and segalanya di hujung jari, makin ramai yang tahap komunikasinya kurang? Aku pernah terbaca ada yang utarakan benda ni. You all bayangkan, kalau handphone 24 jam kat tangan, apa kebendenyer?
Ramai yang ramah di online tapi kat luar, senyap je. Nak tegur macam takut, segan. Kalau kat online tu, bukan main lagi cerita pung-pang sana-sini. Jumpa face to face, senyum and senyap seribu bahasa.
Boleh tak anda hidup sehari tanpa handphone? Memang majoriti akan cakap"Tak! Sanggup patah balik kalau tertinggal". Aku pun apa kurangnya. Handphone tu wajib bawak. Sebelum keluar, cek beg dua tiga kali nak pastikan dua-dua handphone ada.
Kadang-kadang dalam satu masa, notification facebook, twitter, bbm, whatsapp and wechat masuk. Tak ke nampak sangat tamaknya aku ni dan disebabkan tu la bateri bb cepat habis sampai pergi office pun bawak charger. Hek hek.
Zaman sekarang ni semua berlumba-lumba guna smartphone. Model baru sentiasa keluar. Samsung and Iphone lagi, berlumba-lumba nak menarik hati pelanggan.
Apa guna smartphone kalau tak boleh download sume application? Haha. Disebabkan ni jugaklah tangan akan sentiasa di handphone. Tapi wahai pembaca sekalian, jangan la terlalu taksub sampai tak tengok orang di sekeliling anda. Pandai-pandai sesuaikan. Ni tak, ada event ke, hangout dengan kawan-kawan ke, tangan sibuk dengan handphone. Baik duduk bilik 24 jam telek handphone tu, ye tak??
So for me, jangan kerana sibuk melayan segalanya di online sampai anda abaikan komunikasi dengan orang di sekeliling. Pandai sesuaikan keadaan. Jangan ramah and baik di laman sosial tapi di luar buat-buat tak kenal. Biar seiring sejalan bak lagu lama-lama tuh!=_=
4 comments:
As salam
Nice entry :)Online jd mcam kewajipan. tutup lappy buka phone...sehari x buka mcm ada x kene jew
Done Follow. Follow me
http://groovyfashionshop.blogspot.com/2013/04/minum-berdiri.html
setuju!!
ada tu kite tgh dok ckp gn dia beriya-iya
dia dok maen hp
lepas tu boleh tny
"eh, awak ckp apa tadi"
>_<!
biasa la tu...saya pun kalau dah boring layan internet kat lappy...layan kat henpon, main isnatgram ke...wechat... :)
betul sangat tu kak mai..hehe..tapi saya tak ada la sampai phone pun nak on9..phone biasa2..haha..tapi kalau lappy mmg rajin bukak..
sokong,kalau ramah kat social media,realiti mmg tak brapa peramah..ahaha
Post a Comment