Wednesday, 13 March 2013

Bertukar ke Bio Essence Tanaka White

Salam. Bila muka dah naik jerawat, kusam, berbelang, baru la terhegeh-hegeh nak jaga. Sapu segala bagai. Pakai mask konon-konon pergi kerja esok kulit dah cantik dan mulus. Macam tu la aku. 

Nak jaga muka pun kadang-kadang malas. Cuci muka sebelum tidur pun jarang. Nasib baik family aku memang tak da masalah jerawat yang teruk. Setakat jerawat halus je. Kalau tak, dah macam kawah bulan agaknya muka ni.

Aku pernah pakai Garnier and sebelum ni Safi Balqis Perfect 10. Ada kawan aku yang tukar produk disebabkan duta yang dia minat, tapi aku tidak sama sekali. Sangat tak mempengaruhi. Aku akan tukar bila aku rasa macam produk tu biasa je. Tak nampak sangat keberkesanannya. So, why not try something yang lagi better kan?

Hampir 2 minggu dah aku menggunakan Bio Essence Tanaka White. Dok survey tengok-tengok kat Watson tu, last-last ni yang aku pilih. Untuk permulaan, belilah 'Starter Kit'. Jangan terus beli yang satu-satu tu. Nanti buat membazir je kalau tak sesuai.


Dengan Starter Kit yang hanya berharga RM 29.90, 6 items you all boleh dapat! Ada mask, pencuci, toner,pelembap, dan krim siang and malam. Berbaloi 6 benda dalam satu bekas. 


Sometimes ada pek percubaan yang tak lengkap. A few items lagi tak da. So, macam mana kita nak try? It's better untuk beli set penuh and cuba sendiri. Lihat hasilnya.

Alhamdulillah setakat ni kulitmuka aku tak da sebarang masalah menggunakannya. Bertambah licin. Hee.. Belang di muka juga berkurangan.

Ingin mencuba? Boleh la dapatkan di Watson dan Guardian berhampiran anda..:)

10 comments:

Hanida Moss said...

kulit takda problem sgt mesti oke je pakai.. unless yg berjerawat teruk tu, susah nak decide produk ape.. :)

Anonymous said...

blh ker buang bintik hitam kat muke?

Anonymous said...

slam ,sy ade msalah kulit muka , msalah berjerawat ..bile jerawat da mati ,mesti tumbuh balik. tak tau nak pkai produk apa?tlg bgi saranan?klau sy try bio essence tanaka white nie , rase nye, sesuai tak ? TQ ..

Silkysity Skincare said...

SILKYSITY SKINCARE ~ BUKAN PRODUK CT NURHALIZA~

Call/Sms/WhatsApp : 0105255063
Facebook : https://www.facebook.com/nz7487
Minta jasa baik anda like page kami : https://www.facebook.com/silkyct

KELEBIHAN SILKYSITY SKINCARE

✔ Mencerahkan kulit
✔ Menghilangkan jerawat dan jeragat
✔ Membantu merawat tona x sekata
✔ Menyamarkan dan menghilangkan flek-flek di wajah dan pigmentasi
✔ Menghilangkan bekas jerawat dan meratakan lubang bekas jerawat
✔ Mengecilkan pori
✔ Membuatkan kulit tampak bercahaya
✔ Kulit wajah awet muda
✔ Menegangkan kulit muka

Lulus KKM
Keberkesanannya seawal 10 hari
100% tiada pengelupasan
Bebas drp Hidroquinon & bahan kimia terlarang

Boleh Cod Tanjung Minyak Melaka

Zaida Hrs said...

Sama la baru je beli trial set yang ni. Harap ok la dengan kulit muka. Masih mencari produk yang betul-betul sesuai :)

Anonymous said...

Sy mmg pengguna produk ni.. mSlh jerawat mmg hilang.. TP nk mencerah tu, mcm xdk perubahan je.. Mcm tak makin cerah pun. MMg dia akn ambil masa yg lma ke utk mencerah?

@min said...

Hi..i pon guna Tanaka White series tapi syg naik jerawat kat dahi..cis..anyone r welcome to read my review and share ur thoughts ;)

http://missgeek.blogspot.com/2015/09/bio-essence-tanaka-white.html

Sumandak said...

Kite pun da pakai 2 bln. Mcm xde kesan je bintik2 hitam tu x hilang

lea nazlea said...

haiii...sy br pakai tanaka white bio essence ni 2 minggu... cream mlm n pencuci...siang pakai olay total effect sbb dah 30 kann..haha...stkt ni sy puas hati sebab kalau ada jerawat nak naik...dia bertahan dlm 2hari je...pastu mati...kalau naik yg bulanan punya pun cmtu...pastu parut hitam jerawat tu mcm mkin pudar...insyaAllah xnak tukar lain...nak tengok sejauh mana...lagi 1 kene rajin pakai mask... ok...byeee...dadaaaa

lea nazlea said...

haiii...sy br pakai tanaka white bio essence ni 2 minggu... cream mlm n pencuci...siang pakai olay total effect sbb dah 30 kann..haha...stkt ni sy puas hati sebab kalau ada jerawat nak naik...dia bertahan dlm 2hari je...pastu mati...kalau naik yg bulanan punya pun cmtu...pastu parut hitam jerawat tu mcm mkin pudar...insyaAllah xnak tukar lain...nak tengok sejauh mana...lagi 1 kene rajin pakai mask... ok...byeee...dadaaaa

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman