Tuesday, 19 March 2013

Bukan diet teruk

Salam. Kaum wanita semestinya inginkan badan yang cantik, kurus tapi bukan kerempeng. Aku salah seorang yang tak terkecuali takut bila berat bertambah. Rasa pipi dah tembam dan bulat, lemak di perut dah kedepan dan seri di muka mula kehilangan. Waahhh.. Ayat hiperbola sungguh.

Awal 2010 aku pernah diserang demam yang teruk seminggu sampai setiap hari ke klinik untuk amik darah and masuk air. Salah satu puncanya sebab sibuk nak kurus. Dari situ aku mengalami gastrik. 

Ketahuilah semua bila dah ada gastrik, anda langsung tak boleh skip makan. Waktu tu sentiasa ada bekalan makanan dalam beg. Selalunya roti. Tepat waktu yang sepatutnya, kena cepat-cepat makan. Kalau tak tekak akan loya dan kepala pening. Perut pun dan nak start menarik-narik.

Kini, selepas 3 tahun, gastrik aku makin pulih. Susah nak control makan sebab takut gastrik. Berat badan zaman diploma 41-42 kg jadi 44 kg waktu habis diploma. 

Masuk UiTM Segamat, Johor selalu keluar makan dengan kawan-kawan buat badan aku bertambah berat. Bayangkan, dalam masa 2 bulan je aku boleh naik 48kg. Yee...setahun setengah kat Segamat, nak turunkan 47.8 kg pun susah!

Kini, aku dah berada sepenuhnya di rumah dan sedang menjalani latihan praktikal, berat dah turun ke 45 kg. Alhamdulillah...:)


Waktu 48 kg dulu, banyak suara-suara sumbang yang menyebabkan hati ni sakit mendengarnya. Baju kebaya pun aku susah nak pakai. Seluar memang dah nampak ketat la. Nak amik gambar? Pun aku tak minat.

Macam mana aku lakukan?

Aku tak la mengamalkan diet yang teruk. Paling simple aku boleh cakap, JAGA MAKAN. Aku masih makan apa yang aku nak. Tak da la tak amik itu ini. Cuma, kurangkan dari segi kuantiti. Kalau biasa makan sepinggan penuh, ni makan sepiring je.

Kalau nak makan malam, amik sikit je dan jangan lewat sangat. Memang la badan takkan turun dengan drastik tapi sekurang-kurangnya turun jugak and badan you all masih sihat.

Kalau dulu pagi-pagi aku selalu amik nasi lemak, now aku tukar pada sedikit kuih and air bersusu.

Perlu anda tahu yang aku adalah insan yang sangat malas untuk ber-exercise. Jarang sangat-sangat! Terutama dah kerja ni lagi la. Dulu zaman belajar ada la jugak. Jadi bagaimana caranya?

Aku akan pastikan dan rajinkan diri untuk banyak berjalan kat office. Hantar itu-ini ke department lain and kalau setakat buat kerja yang ringkas tu, tak payah memberatkan punggung asyik duduk je. Berdiri. Jangan lepas makan duduk sampai waktu balik. Sangat tak sihat.

Aku kongsikan apa yang aku amalkan sebab aku tak nak ada yang mengalami sama macam aku alami dulu. Susah kalau dah ada gastrik. Trust me!

6 comments:

Just Mini Love said...

metabolisma rndah tue... ieyza nie terbalik lak.. metabolisma tinggi..berat susah nak naik :( underweight :((

Lieya Von Jay said...

wah berat 48 pon ada yg mengata ye,, ^_^

ArshSabila said...

Terkebtulan sy pn tgh nk diet.bule guna tips ni nih ..:)

Siti Zulaikha said...

48 ok pe
standard la tu,
hehe menyedapkan ati sndiri =)
^^blogwalking^^

Anonymous said...

tinggi awk brapa...sy tgi 153 berat 48..ase gemok sgt da

Anonymous said...

I need to to thank you for this wonderful read!
! I absolutely loved every bit of it. I've got you bookmarked to look at new things you post…

Here is my blog: top 10 products

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman