Friday, 11 January 2013

Membaca & buku

Salam. Membaca merupakan satu habit yang sangat baik dan wajar diikuti. Dari zaman sekolah dulu aku memang suka membaca. Tapi bukan buku sekolah. Cepat mengantuk! Haha

Kalau dari sekolah rendah sampai menengah, aku suka baca buku siri penyiasatan. 7 Penyiasat, 5 Penyiasat, 5 Sekawan and Siri Salma. Asal muka aku, memang dalam seminggu entah berapa kali masuk library. Librarian tu sampai dah naik kenal.

Bila dah makin dewasa ni, aku suka baca novel. Tak kisah malay or english novel. Actually aku start diperkenalkan dengan novel since form 2, itupun sebab mak cik aku yang bagi. Novel pertama, 'Gerimis Di Hati' by Alaf 21. Pernah baca tak? Kalau tak silap, cerita tu ada didramakan kat Astro tak lama dulu.

Memang aku suka baca novel Alaf 21 je time tu sebab tu yang aku mula-mula kenal. Bila makin menginjak naik ni, kawan aku kenalkan dengan Kaki Novel (KN). Mulalah episod baru aku jatuh cinta dengan novel-novel KN. Semuanya best-best!

Bukan setakat beli kat booksore, online pun. Jika anda membeli secara online and mendaftar sebagai ahli, you all akan dapat diskaun RM 4 and free postage! English novel pun aku beli secara online. Bukan apa, banyak choice dengan hanya klik di hujung jari. Harga pun lebih murah berbanding anda ke bookstore..

Even novel Harry Potter 1-7 pun aku ada. Almari kat rumah tu penuh novel aku. Tu kat rumah je. Kat Segamat ada satu kotak aku letak novel. Dah penuh and nak kena beli kotak baru. Puas aku bila tengok novel-novel tersusun rapi..


Selain tu, aku berpeluang berjumpa dengan my feveret novelis, Suri Ryana. Novel pertama beliau, M.A.I.D dan second, Isteri Separuh Masa (ISM). Kini, Suri Ryana dalam proses menyiapkan novelnyer yang ketiga, Playboy Itu Siami Aku (PISA). Kalau anda nak baca karya-karya beliau, boleh la ke link INI.



5 comments:

Hanida Moss said...

Ya Allah bagusnya awak ni dear. Baca buku penuh berkotak-kotak. Saye seketul novel pun tak minat huhu -_-

TINA ROSLI said...

Assalamualaikum

kami tak minat novel.heheh.tapi kawan dalam bilik ada baca novel m.a.i.d tu.dia cakap best

NUR AYNIE said...

sy pun minat novel tapi tak la kumpul hahaha...pinjam dari kazen je salunye. :P

Noor Faizah said...

Hai sis...nak tanya...beli Harry Potter 1-7 dkat mana ya?Whatsapp saya ya 0143646408

Noor Faizah said...

Hai sis...nak tanya,,,sis beli Harry potter 1-7 dekat mana?Whatsapp saya ya 0143646408 sebab saya dh lama cri novel tuu

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman