Salam. Aku akan tamat final exam 21hb nanti. Satu paper je lagi hoooiii! Then insyALLAH practical and thesis. Tamat sepenuhnya, Ogos 2013. Tak lama lagi je..
Actually, entry ni terhasil lepas semalam aku pergi interview untuk practical kat Nilai. Etiqa Takaful Sdn Bhd, under Maybank. Untuk pengetahuan uoolls, ni la kali pertama aku ke interview yang related dengan study. Before this, setakat interview biasa-biasa keje kedai je.. Dari interview semalam la entry ni terhasil. Idea mula mencurah-curah nak menaip.
Menjadi pendidik atau bekerja di industri?
Baru-baru ni lecturer time diploma dulu ada post kat facebook..
Mengikut kata hati, aku tak teringin untuk menjadi guru mahupun lecturer. Dipanggil 'Cikgu Mai' or 'Miss Mai'. Aku bukanlah insan yang ada bakat untuk mendidik rasanya.
Tapi kadang-kadang ada jugak terfikir nak mengajar. Maybe untuk sementara kat KPTM Bangi sebab diploma dulu aku study kat sana. Environment kat KPTM lebih seronok dari UiTM. Haha. Statement maut!
Impian and cita-cita aku untuk bekerja di industri. Disebabkan aku ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan tapi major Islamic Banking, so skop meluas. Bukan hanya dalam banking tapi marketing, human resource, admin and etc..
Kalau mengikut target, aku nak amik Master in Business Administration (MBA) instead of Master in Science of Business Administration (Msc). Kalau MSc, its more to research and sangat sesuai untuk bakal lecturer. Tapi MBA untuk improve kerjaya and bagus for industry.
My classmate ramai jugak yang nak jadi lecturer. Kawan aku yang best student pun nak jadi lecturer. Wah..itu memang sangat sesuai. Orang yang ada bakat mengajar ni bolehla. Takut kalau aku jadi lecturer, student ke laut je kang. Haha.. But why not aku try kan?
Entah la, bila interviewer semalam tanya, kepala aku jadi dua. Tapi aku tetap membulatkan tekad, 'Saya nak berada di industri'. Tekad kau! Sungguh-sungguh bagai sebab aku rasa memang minat aku ke industri, bukannya sebagai pendidik.
Tapi..kita tak boleh nak cakap apa yang ada di hadapan kan? Dibuatnya hati aku terbalik pulak nak mendidik anak bangsa..Cewwaahh!
Berbalik ke soal practical, aku ada dapat empat offer setakat ni. Tapi tak tau mana satu yang patut aku amik. Dapat yang KL, Shah Alam tu leceh pulak kann... Susah nak ulang-alik. InsyALLAH minggu depan baru decide sebetul-betulnya..=_=
3 comments:
fobia kite dgr tesis2 tu. haha. gud luck ye :)
dulu2 i pernah terpikir nak jadik lecturer..hehe..tapi kerja di tempat lain lagik tingi gajinye..:P
anda tamat dlu..huhuhu
Post a Comment