Tuesday, 15 February 2011

Rindu zaman sekolah

Salam. Tak tau la tiba-tiba aku rindu sangat-sangat dengan zaman sekolah weh. Zaman kanak-kanak ribena cikgu kitorang panggil dekat kelas kami dulu. Aku sekolah menengah 2003-2007. Sekolah yang sama sampai habis form 5. Tak nak masuk asrama!

Masa masuk form 1 dulu, mak aii! Aku rasa memang budak hingusan sangat-sangat la. Baru nak belajar jadi besar sikit kan. Time tu top trend kakak and abang angkat. But sorry to say, aku tak suka dengan istilah abang angkat. Rasa macam nak muntah dalam baldi sekarang. Ada la jugak yang nak jadikan aku adik angkat dulu. Eh, aku selekeh time tu pun ada yang nak jugak ke. Aiyoo..memang dia tak da mata la. Ahakks! Memang kirim salam dekat nenek kat kampung la aku nak. Aku buat pandai je..=_=..Dapat offer jadi pengawas pun aku tolak waktu ni coz kecik lagi. Ngee~~

Naik form 2 dah pandai sikit. *huh, sangat perasan sendiri!* Kawan-kawan sekelas pun gila-gila. Ada la dalam 30 orang sekelas waktu ni. Oh ye, masuk form 2 aku join aktiviti lakonan. Aku berlakon watak perempuan indonesia yang jual ubat. Bawak loghat indon tau. Masih ku ingat lagi team lakonan dulu dan cikgu yang membimbing kami.

Form 3 masa untuk pmr. Aku sangat pemalas time ni. Subjek paling aku tak suka, of course la sejarah. Sangat mengantuk! Asal time sejarah je aku alih ke tempat duduk belakang. Padahal tempat aku yang sepatutnya dekat depan. Nak ketiduran punya pasal. Dengan suara cikgu yang mendayu-dayu tu macam suruh aku tidur je. 

Form 4, aku jadi pengawas sekolah. Uiisshh! Jangan tak tau time sekolah aku sangatlah garang. Tak tau kenapa. Aku ok je. Tapi jangan ada something yang boleh buat aku naik angin. Dulu la kan. Sekarang ni dah 21 dah ok dah. Aku pulak asyik dapat jaga budak form 5. Dah la diorang tua dari aku. Sabar je la melayan kerenah diorang. Walaupun aku adik pada diorang, tapi diorang panggil aku "KAK MAI'. Ngeh ngeh. Pengalaman paling best, aku dapat jadi KETUA EDITOR MAJALAH SEKOLAH. Sangat penat dan banyak dugaan serta cabaran demi menyiapkan satu majalah. Komitmen yang tinggi sangat diperlukan. Kena marah pun telan je.

Form 5 tahun exam penting. Spm. Aku pulak amik sains tulen. Cikgu kimia, biologi dan EST kami orang yang sama. So, hampir sepanjang masa kami dalam lab. Aku ni tak minat sangat sains sebenarnya. Tapi macam mana boleh amik sains tulen pun aku tak tau. Kelas aku pun tak ramai waktu ni. Dalam 22 orang je. Tapi bisingnya ya amat. Tu belum kira bila cikgu tak da kitorang round satu sekolah. Pergi kantin la beli kerepek. Hehe. Then sumbat dalam poket!

Dulu setiap pagi aku akan breakfast dekat kantin. Sebab aku sampai awal.Naik bas sekolah kan pukul 6.30 pagi. Duduk borak-borak. Then pergi perhimpunan dengar cikgu membebel benda yang sama. Masuk kelas belajar. Lepas tu tak sabar nak rehat. Then, tengok jam pulak bila nak balik. Sampai rumah, tidur! Haha..




Sekarang, aku di semester akhir diploma. Study peringkat ni semua buat hal masing-masing je. Jumpa bila ada kelas je. Nak berkumpul ramai-ramai macam sekolah tak da la. Buat aktiviti melibatkan semua pun susah. Memang sangat-sangat rindu zaman sekolah tu. Bila pagi-pagi ke kolej, kadang-kadang teringat jugak dulu pagi-pagi ke sekolah. OOhh..Andai dapat diputarkan masa..*merepek je*

Sekarang, semua dah berpecah. Nak jumpa pun mak aii! Susah bebenor! Nak buat reunion pun asyik tak jadi je. Susah nak dapat masa yang betul-betul semua free.

17 comments:

jeBateja said...

Uikkk...kalau leh di undur masa....den pun nak buat...duduk dalam kelas betul2...belaja betul....paling tidak leh jadi doktor OTAK....ahakz

mysara said...

doktor otak? :DD

Cik Eliza said...

ehhehe!

zaman sekolah selalu nya kenangan yg patut atau WAJIB di ingati, haha

mysara said...

WAJIB! haha..
rndu giler....;)

Han Alfi said...

follow u back dear.. nice blog :)

cik chocomint said...

choco pon rndu zaman skola..cam nak putar balik masa je..hek3...biasa la..pe yg dh kita tinggalkan, mesti rindu nye..dlu, bila skolah, xsbr nak habes skola,konon dah bosan skola..bila kat matrix,nk cpt2 hbs mtrix, nk masuk u..konon bosan kat mtrix..skrg kat u, mula la rndu nak ulang semula zaman skola n mtrix... :)

SYAFIQAH / S said...

rindu skola gak! even selekeh tapi comel oh..hehe :)

mysara said...

han : thanx...:)

mysara said...

choco : tu la..rasa mcm xpernah puas kn...;)

mysara said...

choco : tu la..rasa mcm xpernah puas kn...;)

mysara said...

fiqa : haha...byase la..kecomelan tersembunyi..hehe

HonEyBuNNy said...

hehheh..nak p sekolah gak...zaman sekolah paling best...

yatie's EPISODE said...

zaman sekolah mmg best. tp best lagik zamn unibersiti. hihi

mysara said...

kak ila : tu la kn...:)

mysara said...

yatie : wah..zaman U ni sume dh besar2...:p

pink said...

i pun windu zaman skolah taw huhu memory yg amat best

pink said...

i pun windu zaman skolah taw huhu memory yg amat best

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman