Sunday 13 February 2011

Manusia oh manusia

Salam kawan-kawan. Aku dah sampai bangi. Awal sikit hari ni sebab tadi pergi kenduri akikah anak buah *means anak sepupu aku* dekat area bangi jugak. Boring bila sampai awal ni. Tapi yang bagusnya boleh kemas apa yang patut.

Manusia ni macam-macam kan? *jangan pedulikan mood aku sewaktu menaip entry ni* Bukan semua orang suka dekat kita. Bukan semua orang senang dengan apa yang kita buat. Tapi macam mana pulak kalau kita tak pernah gangu hidup dia? Bercakap dengan dia pun sepatah dua. Mengata dia pun tak pernah. Apa benda pasal dia pun aku tak tau dan tak amik tau. Jadi, kenapa pula dia harus menggangu hidup aku? Atau kehadiran aku di dunia ni menganggu dia?

Oh pening-pening. Aku rasa setakat ni ibu ayah tak da pulak nak kongkong aku nak pakai apa pun as long as menepati batas agama. Nak beli apa pun tak kisah la mahal or murah, aku tak pernah harapkan duit ibu ayah. Tak da maknanya aku nak mintak kat diorang duit semata-mata nak beli apa yang aku nak. Dari sekolah lagi kalau aku nak sesuatu tu, aku akan usaha kumpul duit sendiri. So, salah ke sekarang aku beli apa yang aku nak? Hello...I'm 21 ok! not 12!

Shopping online? Selalu jugak aku jalan ke page yang jual macam-macam barang ni. Membeli? Tak da la selalu sangat. Tau kenapa? Sebab aku ni agak cerewet kalau beli barang. Aku akan pastikan yang ianya betul-betul menepati citarasa baru aku beli. So, tak timbul isu aku asyik beli baju mahal-mahal dekat online ye.

Pasal makan pun isu jugak ke? Suka hati aku la nak makan dekat mana, nak makan apa, mahal ke murah. Aku tak kisah kalau tempat tu mahal sikit as long as makanan dan servis yang ditawarkan bagus. Aku post pasal tempat makan yang aku rasa membazir tu bukan untuk suruh dia komen. Kalau rasa tak nak komen, tak payah. Aku post untuk dapat pandangan dari kawan-kawan yang makan sekitar sini jugak. At least, ada member yang suggest kan tempat yang ok. Aku rasa kalau tak suka, tak payah la still ada dalam friend list. Anda boleh terus remove saya sahaja. Tak luak apa pun.

sabar mai..tak rugi pun kalau anda bersabar..=_=


Hidup kalau tak da dugaan bukan namanya hidup kan. Aku akui masa mula-mula tau aku geram. Tapi, tak kan aku nak pergi serang dia dan maki-hamun. Blog tempat aku meluah perasaan. Jalan terbaik muhasabah diri, ingat Allah swt dan sentiasa berdoa mohon padaNya agar dibukakan hati orang yang tak suka dengan kita. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman