Sunday, 21 December 2014

Tak da tempat praktikal?

Salam. Lama tak menaip kadang-kadang rasa macam bukan setakat hilang taring, tapi rasa taring macam tak pernah tumbuh. Heww! Kali ni aku nak kongsi citer pasal tempat praktikal. Aku ada dapat banyak pertanyaan and pandangan tentang tempat praktikal ni. So here, akak kongsikan ye.

Dulu waktu dekat UiTM kami kene pilih tiga tempat untuk hantar surat praktikal. Sebab study dekat Johor, aku pilih area Johor. Tabung Haji, Bank Rakyat, tu antara pilihan. Disebabkan kami hantar agak lambat sebab UiTM lambat keluarkan surat, banyak tempat yang dah penuh. Praktikal ni depends on tempat kosong.

Memang sedih waktu tu nak-nak last minute. Kalau langsung tak da tempat praktikal, kene extend sem. Kawan-kawan yang lain dah start carik tempat baru. Aku pun mula tengok yang dekat dengan area rumah. Tapi biasala nak carik tempat praktikal bukan senang. Ada certain yang langsung tak da elaun. Bagi aku, at least ada elaun sikit pun jadila. Ada la jugak belanja kita hari-hari. Nak pergi balik lagi.

Aku pulak amik kos Islamic Banking so tempat yang shariah compliance agak terhad. Yang amik pun tak ramai. Sampai satu tahap hampir putus asa, ayah carikkan. Dekat mana? Tempat yang biasa-biasa and langsung tak da kaitan dengan Islamic Banking.

Ketahuilah adik-adik, Kak Maisaghah cuma praktikal dekat kilang. Ulangan, kilang. Kilang manufacturing. Tak da tempat yang gah segala bagai tapi syukur alhamdulillah ada elaun RM600. Dengan elaun tu la dapat tampung belanja pegi balik and makan. Belanja tambang ke Johor lagi sebab dalam masa yang sama aku kene siapkan thesis. 

Aku praktikal bahagian akaun. Keje tak berat sangat tapi dari sini la aku belajar filing, invois, delivery order and account balancing. Nampak macam simple tapi benda yang kecik pun ilmu jugak kan. Walaupun langsung tak berkait dengan Islamic Banking tapi at least kat sini 20 minggu aku dapat pengalaman keje. Siap ada kupon makan satu hari RM2 tau!

Kawan-kawan lain ramai praktikal tempat bagus-bagus. MITI, Majlis Perbandaran, Bank Rakyat, Tabung Haji and so on. Memang rasa kerdil jugak. Ye la kita cuma praktikal kat kilang. Tapi tak pe, fikiran mesti positif. Waktu tu banyak dengar orang kata, praktikal tempat bagus-bagus nanti senang keje. Biasala kita budak yang baru nak up memang tak tau apa-apa. Tapi ternyata sekarang statement tu bukan 100% betul. Even kadang-kadang aku rasa tak pun.

After tamat praktikal, ada jugak diorang offer aku keje sana tapi bukan bahagian akaun. Aku rasa tak sesuai and tak kene dengan jiwa langsung. Aku rajinkan diri carik keje dekat Jobstreet and pegi interview. Finally aku dekat CIMB Bank and alhamdulillah masih sampai sekarang.


Aku cuma nak ingatkan dekat adik-adik, jangan terlalu risau dengan tempat praktikal korang. Itu tak nak, ini tak nak. Jangan memilih sangat. As long as bersyukurlah ada tempat praktikal. Amiklah sebanyak mana ilmu and pengalaman yang ada. Jangan sedih or rasa rendah diri kalau tempat praktikal tu tak gah mana tapi percayalah bila alam pekerjaan nanti, ada rezeki yang Allah swt dah tentukan untuk korang.

Lastly, good luck!

4 comments:

messarah said...

eheh,nama kita sama laa kak :3
http://kusarah.blogspot.com
-Maisarah Ibrahim-

Alia Syahira said...

hmmm risau pulak bila akak cakap mcm tu. yelahh skrg pon mmg susah nk cari kerja ni apatah lagi praktikal hukhuk

Unknown said...

Nak tnya. Kilang tu kilang mna

Anonymous said...

Saya student IB dekat Uitm Johor jugak. Next sem tinggal one semester left. Doakan

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman