Monday, 27 October 2014

Inai halal homemade!

Salam. Dah berkurun lama aku tak pakai inai. Dulu kecik-kecik punya gigih amik daun tu kat pokok. Lepas tu tumbuk sampai lumat. Dengar orang kata nak lagi pekat masukkan nasi sikit or arang. Tu sume pernah cuba. 

Tapi makin besar makin malas nak menumbuk segala bagai ni. Tak kuasa nak bazir tenaga. Dulu kuku asyik ada saki-baki kaler inai je sampai rasa teringin nak tengok kuku ni fully putih. Bila dah start putih, bertahun-tahun tak pakai.

Sorang adik aku memang rajin pakai inai. Sekarang ni senang. Kat mana-mana je ada inai segera tu. Just picit letak kat kuku je. Warna merah and hitam. Waktu tu aku masih tak da perasaan nak pakai sampaila adik aku yang lagi sorang tunjuk dekat instagram inai yang paling latest. Dah macam kaler quitick!

Dia pakai aku rasa mcam cantik tapi sebab dia pakai kaler merah aku rasa biasa je. Aku suruh dia carik instagram lain yang ada jual macam-mcam kaler. Finally aku jumpa dengan Nana Shoppe!


Macam-macam kaler ada. Dari pelbagai jenis merah and pink, peach and oren. Harga pulak sangat-sangat murah. Boleh bayangkan tak satu bekas tu cuma RM8! Dah la memang boleh pakai untuk berkali-kali!

Dengan sifat terujanya, aku order sekali tiga kaler. Soft pink, oren and peach. Baru RM24 + RM6 untuk postage. Penghantaran setiap hari Selasa and Jumaat. Jumaat pagi aku order, Isnin dah sampai kat bank. Teruja aku siap tunjuk kat akak-akak bank and promote.


Asalnya sorang akak ni suruh aku pakai kat satu or dua jari je sebab dia nak tengok kaler macam mana. Dari satu dua, baik aku pakai 10 terus! Aku pakai semua jari sendiri ye tanpa bantuan sesape. Sebab inai ni sangat senang untuk dipakai. Tekstur dia buat senang terletak and cepat kering. Amik cotton buds and terus pakai. Tak perlu bancuh.


Hasilnya memang memuaskan hati aku. Aku pakai kaler oren, gambar atas ni. Kakak office pun kata cantik. Siap ada yang nak order lagi.

Walaupun ada macam-macam kaler, tapi ni inai halal ye. Boleh terus bawak solat. Memang bila dah pakai kat kuku tu korang boleh nampak tekstur asal dari inai dia. 


Apa lagi, teringin nak kaler kat kuku tu? Tapi nak senang and macam-macam kaler? Terus terjah Nana Shoppe untuk buat pilihan and place order!

Thursday, 9 October 2014

REEBOK Shoes yang 'stylish'!

Salam. Ada tak antara korang yang suka or aktif bersukan? Tak kisah la kalau bukan yang macam olahragawan/wati tu tak pun yang simple-simple macam jogging ke, tu kira bersukan jugak la kan? Oh ye bahasa lain, senaman.

Orang pompuan dalam hidup mesti ada niat nak bersukan/bersenam walaupun setakat lari-lari manja. Aku ni zaman belajar dulu rajin la jugak kadang-kadang pergi jogging. Asalnya kengkonon nak kurus tapi lama-lama aku realise bersukan ni bagus untuk buat otak kita rasa fresh. Student kan. Semua benda nak kene sumbat dalam kepala waktu tu. Evan dah keje lagi penting sebab untuk stamina. 

Kalau korang perasan, barang sukan untuk orang pompuan ni tak banyak sangat pilihan. Yang ada pun sekadar beberapa jenama je and kita tak bebas nak memilih. Bila pilih barangan sukan ni, kene pilih yang betul-betul sesuai dengan kita. Jangan asal rembat je.

Antara yang paling penting, kasut sukan. Aku antara orang yang cerewet bab-bab kasut ni. Bukan apa, mesti nak carik yang selesa and sesuai untuk dipakai. Kasut kalau salah pilih, memang merana la jawabnya. Kadang-kadang ada yang pakai pilih kasut je but at the end kasut tu tak sesuai untuk bersukan and bawak mudarat kat diri sendiri.

Sekarang korang dah tak payah risau lagi. ZALORA dah keluarkan REEBOK Shoes or kasut REEBOK khas untuk kaum wanita yang nak bersukan or besenam. Rekaan dia sangat stylish dan bersesuaian dengan kaum wanita yang sentiasa mahu tampak bergaya walaupun bersukan. Dengan rekaan terbaru yang dikeluarkan ni, ia mampu menarik perhatian ramai kaum wanita di luar sana.



Kasut sukan mesti la sesuatu yang lasak, tahan lama dan boleh memberi perlindungan pada korang ketika bersukan. Tu yang aku maksudkan kalau tersalah pilih, kaki yang merana sebab aku pernah ada pengalaman salah pilih kasut ni. Mihmih..

Tiga elemen penting, tahan lasak, memberi perlindungan and dalam masa yang sama stylish ni la yang orang pompuan carik. Nak buat apa nampak cantik bergaya je tapi bila pakai tak comfort. Bukannya pakaian sukan macam baju and seluar je perlu diberi perhatian, kasut jugak. Kalau before this punya payah nak pikir mana nak carik kasut sukan yang macam gini, sekarang tak perlu lagi. Semuanya korang boleh dapatkan di hujung jari je.

Apa lagi, jom cepat-cepat cuci mata dekat ZALORA and dapatkan kasut sukan yang mampu memenuhi kehendak dan keperluan korang!

Wednesday, 1 October 2014

1 Oct 2013 - 1 Oct 2014 : 1 year in CIMB

Salam. Tajuk bukan main omputihnya. Asal bunyi macam sedap aku letak je. Actually sejak akhir-akhir ni banyak benda nak kongsi dengan korang tapi tak sempat nak duduk depan lappy menaip. Malam dah penat.

Hari ni 1st Oct genap setahun aku di CIMB Bank. Rasa macam baru semalam je masuk. Serius cakap setahun lepas and hari ni banyak perubahan and sampai sekarang banyak lagi benda yang aku kene belajar. Learning will never stop.

     
Ingat lagi macam mana waktu hari pertama ibu ayah sekali hantar. Siap amik gambar depan bank before masuk. Waktu tu macam rasa life dah berubah. Seriously dalam hati aku ni masih rasa nak belajar. Life belajar masih penuh dalam diri aku.

Setahun ni macam-macam ilmu yang aku belajar. Walaupun aku bahagian loan, tapi pasal operation pun aku kene belajar. Even penampilan pun makin hari aku sesuaikan dengan job environment. Dari segi interaksi dengan customer pun more better than one year before.


Walaupun pengalaman yang aku ada ni sangat-sangat picisan sebab baru je setahun, tapi aku sangat bersyukur diberi peluang untuk berada dalam industri perbankan. Apa yang zaman belajar dapat diappy ke industri walaupun tak full.

Setahun berlalu and masih panjang lagi perjalanan. Planning untuk karier mesti kene ada. Ilmu islamic banking yang belajar pun belum diapply sepenuhnya. InsyAllah ada rezeki kita move further lagi. Aminn..
 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman