Monday, 22 September 2014

The Maze Runner

Salam. Sabtu minggu before, 13hb tanpa planning, aku, ibu and dua orang adik lelaki sempat menonton wayang kat Mines, Seri Kembangan. 

Memang tak planning langsung. Asalnya konon saje jalan-jalan then masuk Mines. Dalam kepala pikir nak pergi makan tapi tetibe kaki menghala ke wayang. Ada terbaca kawan post pasal citer ni tapi tak sure bila baru keluar. Rupanya 11hb baru keluar and that's why 'selling fast'. Dah mula risau takut tak dapat tengok pukul 2.15 sebab lama nak tunggu next dia, 4.45.

Before nak beli tiket tu sempat lagi google movie ni. Cerita ni based on best selling novel. Serius aku tak pernah jumpa novel dia. Tengok poster movie ni pun dah memang tertarik nak tengok.

Masih reseki kami bila sampai giliran, sit depan ada kosong. Terus amik sit tepi deret empat. Aku jugak sempat register untuk 'Movie Club' TGV. Hanya RM28 setahun. Actually first time jugak aku tau pasal benda ni.

Apa benefit? Upon registration, dah boleh dapat 2 tiket free + 1 set popcorn. Bulan birthday you all boleh dapat free ticket. Setiap kali menonton wayang kat TGV, you all kene kumpul point so at the end boleh redeem untuk free ticket. Beli kat kaunter or online, member sangat diutamakan. Jadi silalah register kalau anda memang gemar menonton movie.



Back to The Maze Runner, cerita ni mengisahkan tentang Thomas yang tiba-tiba terjaga dari satu lif bawah tanah sampai kat satu kawasan yang sangat asing bagi dia yang dipanggil, The Glader. Thomas tak ingat siapa diri dia and apa yang membawa dia ke sana. Bila dia cuba nak melarikan diri, baru dia sedar yang kawasan tersebut dikelilingi dengan tembok tinggi iaitu pagar sesat.

Pintu pagar sesat hanya akan terbuka ketika pagi and tertutup balik pada waktu malam. Actually every month akan ada orang baru yang sampai ke Glader bersama bekalan makanan untuk diorang kat situ yang dihantar menerusi lif bawah tanah. Mereka semua tak ingat siapa diri mereka asalnya.

Duduk di Glader dan diketuai Alby yang merupakan sorang pertama sampai ke Glader, Thomas perlu ikut segala peraturann yang mereka tetapkan. Antara yang paling penting, tak dibenarkan langsung melepasi pintu penjara sesat kerana hanya Runner sahaja yang boleh masuk ke situ.

Runner merupakan mereka yang terpilih dan mempunyai kekuatan untuk berlari yang ditugaskan setiap hari untuk masuk ke pagar sesat dan berusaha mencari jalan pintu keluar. Ketua Runner, Minho yang akan mengetuai and memastikan mereka harus balik pada sebelah petang kerana pintu pagar sesat akan tertutup.

Bukan senang untuk mereka mencari jalan keluar kerana telah tiga tahun mereka berusaha. Pagar sesat akan berbunyi pada waktu malam yang menandakan jalan-jalan didalamnya sedang berubah.

Keadaan mula kalut dan terganggu bila Thomas melanggar peraturan mereka dengan masuk ke pagar sesat untuk menyelamatkan Alby dan Minho. Apa yang terjadi seterusnya? Kene la tengok.

Komen aku, cerita ni sangat best! Walaupun memang la nampak macam boring sikit waktu dia baru sampai kat Glader tu, tapi kalau dari segi overall performance, great! Mula-mula tu sebab dia baru nak menyesuaikan diri and nak tau tentang Glader.

Cerita ni suspen, buat kita macam nak tau, tau dan tau lagi. Korang pun akan curious bila ada part-part yang Thomas dipersalahkan sedangkan dia budak baru and dia sendiri tak ingat asal dia. Yang best jugak part pagar sesat tu yang berubah-ubah setiap malam.

Serius memang enjoy menonton and langsung tak rugi. Kalau boleh aku nak bagi penuh 5 bintang tapi nanti melampau pulak. So 4.75 bintang!




No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman