Salam. 22-24 Ogos yang lepas telah berlangsungnya Hari Koperasi Negara di Mini Stadium Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Event ni telah dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
CIMB antara salah satu pihak yang turut serta dalam program ni. Memandangkan aku staff CIMB Negeri Sembilan, aku terpaksa bekerja di hari Ahad, 24hb. Walaupun hujung minggu aku terganggu but keje is keje.
Rumah aku ke Kuala Pilah dalam 1 jam 20 minit. Walaupun actually tak tau jalan, aku redah je ikut signboard. Sempat lagi tanya kat cashier waktu isi minyak kat Petronas. Kang tersesat mampus aku nak pusing-pusing balik.
Dah dapat tempat park sume, angkut barang, terus gerak carik booth CIMB. Booth agak jauh sikit dari pintu utama and melepasi pentas utama. Dalam panas terik aku mengangkut beg. Aku sampai pun dalam 10.45 pagi. Walaupun hari Ahad tu aku rasa ramai and meriah, tapi katanya Sabtu lagi pack sebab hari perasmian oleh Timbalan perdana Menteri.
Tak lama lepas aku sampai, YB Dato' Sri Hassan bin Malek, Menteri KPDNKK buat lawatan dari booth ke booth. Dapatla ioollss bergambar dengan mentri yang sangat mesra, friendly and sporting.
Biasala bila bukak booth ni mesti kene promote and jual produk CIMB. Dalam masa yang sama aku sempat jugak jalan-jalan tawaf sume booth yang ada. Macam-macam tapi nak carik makanan je payah. I is sad. Terpaksa makan kat area luar sebab susah nak carik booth yang jual makanan. Kalau ada pun kek, burger. Oh, tidak puas makan.
Sambil tu jugak ada persembahan artis dari pentas utama. Time aku duduk rehat tu ada Maisarah MyStarz LG and Nubhan AF. Mostly diorang nyanyi lagu raya and Merdeka. Ye la, minggu lepas masih mood raya lagi.
Overall rasa seronok walaupun penat bila tenaga hari Ahad terpaksa dikerah. Before this mana aku nak pergi event macam ni. Tapi sebab keje, ku gagahkan jugak.
No comments:
Post a Comment