Friday, 25 October 2013

Blog dah 4 tahun!

Salam. Buat masa ni aku jarang online guna lappy. Disebabkan sibuk, sume bukak kat handphone.

Aku actually tengah countdown birthday blog sebab tarikh aku start blogging 29/10/2009. Hari ni tengah scroll blog tetibe tengok daisypath genap 4 tahun! Waahhhhh... Ye la bulan kan hari tak sama jadi hari ni pulak kat situ cantik genap '4 years'! Tu yang terus update ni. Update guna handphone. Kira ok what dah dekat 29 kan..


4 tahun blogging dah macam-macam kenangan yang aku kongsi. Tapi post aku tak da la banyak sangat. 500++ je. Blog ni jugak salah satu benda yang aku paling sayang.

Aku jugak kenal dengan kawan-kawan blogger. Ada yang memang kenal and mesra kat online cuma tinggal nak jumpa je. Kahwin sok kite jemput ek.

Baru-baru ni jugak aku dah mula terlibat join aktiviti blogger. Dapat jumpa blogger otai macam Bro Framestone and kawan-kawan lain. Seronok and sume mesra-mesra belaka.

Aku harap dapat terus menulis blog lagipun ni memang minat aku. Dari masa ke semasa aku masih cuba perbaiki penulisan. Kalau korang scroll entry lama, korang pun rasa macam, "Eh, ape benda dia merepek ni". Tak caye? Pergi try bukak. Tengok kat 'Past history' tu.

Harap korang terus menyokong and tak jemu singgah kat blog picisan ni. Thank you so much untuk semua ysng pernah singgah!

Thursday, 24 October 2013

Lihat mereka dan cermin diri

Salam. Kita ni manusia kadang-kadang nak itu la ini la. Mengeluh sana-sini sampai lupa nak bersyukur. Bila tengok Korea, mulala nak muka macam Yuri SNSD, Soo Ye Jin padahal diorang buat plastic surgery. Ha, aku la tu. Diorang tu tinggi kurus. Aku ni tinggi 152cm and berat 44kg. Teringin jugak nak tinggi 165cm ke kan..

Tapi sebenarnya kita kene bersyukur dengan diri sendiri. Allah swt dah ciptakan kita sebaik-baiknya. Biasala kalu tengok orang cantik, berpangkat, pandai and itu ini mesti kita pun rasa bestnya kalu jadi dia. Ada jugak yang boleh diubah dengan usaha tapi ingat jangan kufur nikmat.




Kenapa aku tulis entry ni? Pagi tadi tengok Malaysia Hari Ini kat dewan makan. Isu OKU hari ni. Bila tengok diorang, rasa bersyukur sangat sebab kita sempurna. Aku ada kawan yang pakai kaki palsu sebelah kanan sampai peha. Dulunya dia sempurna tapi disebabkan kemalangan jadi macam tu. Selalu tengok dia aku rasa bersyukur sangat-sangat yang aku masih sempurna.

Pernah tengok orang mintak sedekah kat tepi-tepi jalan tu? Ada yang bawak anak lagi. Apa perasaan korang? Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.

Aku dulu habis belajar pernah gak rasa macam hampir nak berputus asa sebab tak dapat keje. Kawan-kawan ada yang dah dapat keje kat HSBC, MAA Takaful and so on waktu tu. Rasa macam rendah dirinya, kenapa aku tak dapat lagi. Selalu jugak mempersoalkan kat diri sendiri kenapa tak dapat keje. Tapi waktu tu aku percaya pada rezeki and alhamdulillah sekarang aku di CIMB. Aku sangat bersyukur dapat masuk kat tempat yang memang aku nak.

So apa pun yang kita ada, kita dapat, bersyukurla. Ucap Alhamdulillah selalu. Ingat segalanya datang dariNya.

Sunday, 20 October 2013

Part time at Honda Day

Salam. Penatnya hari ni. Nak bangun tido, nak gerak kaki sume malas. Dasar pemalas. Tapi aku masih gigih keluar rumah atas beberapa urusan tau! Tahniah untuk diri sendiri.

Semalam pagi-pagi kami dah bertolak 2 kereta ke Melaka. Asalnya adik sepupu yang ajak sebab tak cukup orang. Aku pun free, tu yang on je. Buat part time seronok what. Dapat jugak income. Hehe


Family Day Honda dengan tagline '1 Family 1 Honda' semalam berlangsung dengan sangat meriah! Siangnya diserikan dengan Nabil and Angah Raja Lawak. Walaupun siang tu cuaca panas terik, tapi orang tetap berpusu-pusu datang.

Tugas aku tak susah pun. Cuma jaga game dari 2.30 sampai 7 petang. Dari start bukak sampai habis memang non-stop. Penat aku berdiri tau! Game yang aku jaga masukkan bola dalam lubang dengan cara kawal stereng. Memang dapat sambutan hangat. Bukan setakat budak-budak, mak and bapak budak pun ada. Tapi serius cakap budak-budak lagi terror. 3 percubaan and perlu masuk 2 kali. Kalu berjaya, dapat kupon and boleh redeem hadiah.


Banyak booth even booth CIMB pun ada. Aku je termurtad ke company lain. Haha. Malamnya ada konsert yang mengundang Adibah Noor, Ani Mayuni, Faizal Tahir and Awie and Wings.

Tapi sayang konsert start dengan persembahan lain yang entah berapa banyak lagu. Belum lagi performance dari Honda Idol. Disebabkan lama sangat and takut sampai Kajang lambat sangat, kitorang decide balik je. Tak dapat tengok. Sob sob..

Pape pun, seronok jugak buat part time ni. Aku suka buat keje luar jumpa public ni. Macam-macam ragam. One more bila keje macam ni, dapat improve you all punyer communication skill. Ye dak?

Nanti kalu ada lagi nak try la. Heee

Thursday, 17 October 2013

On going process

Salam. Semenjak start keje ni aku rasa life aku penuh dengan keje. Training ni la dapat relax sikit. Tu pun ingat dapat relax ke? Kelas pack sampai petang. Belum lagi macam-macam e-assessment and e-learning. Tension mak cik.

On going process yang aku maksudkan proses pembelajaran. Even menuntut ilmu pun sampai ke liang lahad. Right?

Kalu kat kampus dulu masuk kelas belajar, buat assignment, kuiz and test, memang la rasa penatnyer belajar. Nak-nak pulak bila nak exam. Kertas pun bersepah sana-sini, semua tak terurus. Tapi zaman belajar tu suka-suki. Tak fikir pape. Cuma nak exam. Tu je, seriously. Hehe..

Aku ingatkan dah keje boleh la relax sikit. Rupanya sekarang lagi bertambah-tambah. Kat sini baru nak masuk dua minggu kertas dah bertimbun. Kalu tak baca nanti menganga balik branch. Manager, customer tanya pape nanti tak tau.

Exam pun banyak kene amik. Even kelas semalam pun ada exam minggu depan. Dah la banyak kene baca, masa singkat. Tu belum mengantuk dalam kelas. Dari zaman sekolah sampai sekarang kat training ni pun tu la perangai susah nak ubah. Kadang-kadang je segar. So jangan mencontohi akak ye.

Exam pun bersusun-susun. Dah rasa macam keje sambil belajar pulak. Bezanya belajar kali ni memang betul-betul guna untuk bank, kat branch. So tak boleh main-main. Silap sikit pun payah nanti. Baru otak yang malas ni nak berehat kene keje balik.



Rasanya lebih penat sekarang ni berbanding waktu belajar dulu. Pape pun sekarang dalam pikiran keje dulu. On going process. Ada yang cakap kenapa amik bank, keje susah padahal orang tu tak try pun. Pada aku apa salahnya mencuba lagipun diploma and degree pun in banking. Cuba dulu then baru tahu.

Saturday, 12 October 2013

Training at Akademi CIMB Putra

Salam. Actually entry ni tertangguh nak cerita. Diam tak diam dah seminggu aku kat Akademi CIMB Putra, Bangi untuk training. Start 7-29 Oktober. 3 minggu plus plus. Akademi ni bersebelahan dengan Maybank Academy and berhadapan dengan Public Bank punya akademi. Kat kawasan sini memang tempat training bank.

Aku masuk Ahad, 6 Oktober petang. Bilik yang sangat selesa macam hotel! Bezanya tak da tv and toilet kat luar. Yangg lain semua siap. Even kemas bilik pun tak payah. Setiap hari diorang akan kemaskan bilik kita and tukar towel. So, bangun pagi biar je katil bersepah. Balik kelas kang sure dah cantik bersih. Hehe

2 katil, 2 orang

Roomate aku, Kak Izan dari branch Dungun, Terengganu. Jauh kan? Dia drive kot ke sini. Bukan setakat tu, dah la tengah pregnant 4 bulan, memang akak ni sangat gigih. 

Tengah tu pintu bilik and kiri kanan almari. Besar kan? Sumbat je semua

Dari segi makan, tak payah risau. Semuanya disediakan. Sarapan, lepas tu minum pukul 10.30, lunch, hi-tea and dinner. 5 kali sehari! Semuanya siap! Makan la berapa banyak yang korang nak. Tu yang aku rasa habis training ni mesti aku gemuk. Makanan semua sedap-sedap. Memang ditempah khas.

Kelas start 9 pagi sampai petang. Agak pack. Baru seminggu ni nota dah tebal. Tu belum habis training sok. Kat sini bukan setakat belajar je, ada jugak exam. So tak boleh main-main. Apa yang kita belajar kat sini semua tentang CIMB and kerja kita. So kene faham betul-betul. Nanti tak pasal-pasal balik branch sok menganga.

Classmate aku semua baik-baik belaka. Dari 22 orang, 2 orang je fresh graduate termasuk aku la tu. Rasa kerdilnya. Masing-masing dah macam-macam pengalaman. Ada yang dah dalam banking industry 5 tahun. Ada yang dari Standard Chartered, Citibank, semua bukan calang-calang. Tapi semua baik-baik. Tak lokek kongsi ilmu. Memang aku terasa muda kat sini. Hehe

Gambar dalam kelas semalam

Seminggu kat sini, seronok. Tak sabar jugak nak habis. Tapi sok bak kata trainer, dah balik branch memang busy. Jadi sekarang la masa nak rehat sikit. 

Friday, 11 October 2013

Halal Festival 2013

Salam. Entry pertama ditaip menggunakan handphone. Alhamdulillah dah hampir dua minggu bersama dengan CIMB ni semuanya berjalan dengan lancar. Bayangkan minggu pertama pun CIMB dah trained buat kerja luar. My first week sangat padat even hujung minggu! Serius penat!

Khamis and Sabtu lepas, me and my branch team ke MIECC, bersebelahan dengan Mines, Seri Kembangan untuk Halal Festival or Halfest. CIMB Islamic merupakan penaja utama dan disebabkan tu jugak la kenapa aku ada.



Banyak booth yang menjual produk halal tak kira sama ada makanan, produk kesihatan and kecantikan and macam-macam la. Rambang mata tengok tapi time keje tak boleh merayau cuci mata. Sob sob..

Halfest berlangsung dari 2-6 October and sambutan sangat menggalakkan. Even hari Sabtu ada Dato' Siti Nurhaliza untuk mempromosikan produk SimplySiti. Selain tu ada jugak Marsha, Jaafar In, Soo Win Cci, Izzue Islam and ramai lagi.

Heri Sabtu ke aku sempat round dengan Encik Sayang before masuk keje. Yang tester semua aku try. Hehe. Booth yang aku tertarik, booth Bank Negara Malaysia. Macam-macam info pasal suit yang kami dapat and insyAllah ada masa nanti aku kongsikan ye.


Overall aku rasa seronok sebab bukan hanya duduk dalam office buat keje, dapat jugak keluar. Kat Halfest ni jugak macam-macam produk yang aku jumpa and yang penting halal. Its good untuk kita as a Muslim.

Wednesday, 9 October 2013

Menonton Cloudy With A Chance Of Meatballs 2 bersama blogger

Salam. Khamis malam hari tu 3hb aku and adik sepupu Anis telah ke TGV One Utama untuk menonton wayang bersama blogger-blogger yang lain yang di handle oleh blogger Bro Framestone. Asalnya, kami sepatutnya menonton premiere screening Sadako 2 tapi atas sedikit masalah, kami menonton cerita lain atas undian yang lain. Terima kasih sangat-sangat kat Bro yang mengeluarkan duit untuk belanja kitorang semua.


Kami berdua. With Anis

Tq Bro belanja!

Bukan setakat kami, 2 orang artis pun turut menonton bersama, Aman Nassim dan Mikael Andre. Mereka ni pelakon yang baru nak naik. Aman Nassim ada berlakon dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia and Mikael Andre ni merupakan adik pada pelakon Pierre Andre.



Jangan letak persepsi cerita kartun tak best okeh. Nak tau cerita ni pasal apa? Jom baca sinopsis..




Classification : U
Genre : Animation/Family
Release Date : 3 October 2013
Duration : 1 hour 35 minutes
Cast : Bill Hader, Anna Faris, James Caan, Andy Samberg, Benjamin Bratt
Format : 2D, 3D

Flint Lockwood merupakan seorang pencipta yang genius. Suatu hari dia telah dijemput oleh pencipta yang juga merupakan idolanya, Chester V untuk menyertai Syarikat Live Corp di mana merupakan syarikat yang terulung dalam penciptaan teknologi yang serba canggih.


Chester V sebenarnya mempunyai niat jahat terhadap Flint Lockwood iaitu dia ingin meggunakan Flint Lockwood semata-mata ingin mengambil bahan ciptaan Flint iaitu sebuah mesin yang dapat menukarkan air kepada makanan.

Chester V melantik Flint untuk ke kawasan perumahan Flint yang agak musnah disebabkan malapetaka mesin tersebut. Flint membawa rakan-rakannya bersama dan apabila sampai di pulau tersebut, keadaan segalanya berubah. Segala buah-buahan, makanan menjadi hidup.

Chester V berhasrat untuk membunuh semua hidupan tersebut tetapi rakan-rakan Flint mula menyedari tindakan dan niat jahat Chester V. Mereka cuba untuk menyedarkan Flint tetapi Flint berdegil.


Apa yang terjadi seterusnya? Kene la menonton ye...

Komen aku, mula-mula masuk panggung dah tengok kanak-kanak. Amboi eksited kemain adik-adik ni nak tengok tv. Kami geng blogger ni duduk dalam satu barisan. Mula-mula aku agak cerita kartun mesti boring. Tapi ternyata sangkaanku meleset.

Cerita ni memang sangat menghiburkan. Kelakar, tak kering gusi. Macam mana keletah setiap watak, dengan buah-buahan yang comel and hidup lagi memang buat kita terhibur. 

Dah menonton belum? Apa tunggu lagi? Pergi la cepat! Bawak anak-anak, adik-adik semua!

Ni antara gambar dengan blogger-blogger malam tu..

Sempat makan Freezy Freezy sementara tunggu masuk panggung

With blogger Hanie yang cute

Nampak macam baju aku terlalu formal kan? Beza sarung selipar je. Ye la, memang waktu ni baru balik dari bekerja. Habis lambat and tak sempat nak balik rumah tukar semua

Dengan blogger-blogger lain. Ada Aman Nassim and Mikael Andre lagi. Diorang ni akan terlibat dalam Liga Lawak Superstar. Jangan lupa support!

Tuesday, 1 October 2013

First day at CIMB Bank

Salam. Alhamdulillah. Hari ni telah berlangsung dengan jayanya. Mihmih. Lega dah lepas first day. Tak da la kepala otak ni dok berpikir macam-macam.

Seawal 7 pagi aku dah keluar dari rumah. 1 jam dari rumah and jalan tak da la jam sangat. Bawak kereta pun sekarang dah confident. Tak takut-takut dah. Untuk first day ni, ibu ayah yang teman ikut hantar. Meaning kereta tak park kat office la. Balik pun terpaksa tunggu ayah. But tomorrow I start drive sendiri okeh.


8.30 pagi masuk CIMB and ada bacaan doa and briefing pagi-pagi. Manager yang Chinese ingatkan sape yang baca doa. Good kan? Then aku diperkenalkan dengan semua staff kat sini. Alhamdulillah semua baik-baik belaka and ramah. Belum sempat aku bukak mulut, diorang dah kenalkan diri dulu.

Meja aku kat bahagian atas. Tapi untuk first day ni amik pengalaman, aku turun bawah belajar dekat kaunter depan dengan Kak Salmah, Service Ambassador. Macam-macam ragam customer and dari sini aku belajar. Bukan senang nak handle customer yang macam-macam. Kene sabar.

Actually tempat aku di bahagian loan kat atas. Untuk first day ni memang aku tak tau pape. Training pun belum pergi lagi. So, aku banyak belajar dari Abang Amran (Senior Clerk) and Kak Tina (Personal Financial Consultant). Banyak jugak dokumen yang aku kena baca but for me itu proses learning.


Banyak lagi benda yang aku kene explore. Nak-nak pulak freshie. Aku la paling muda kat dalam tu. Banyak benda kene belajar lagi. Apa yang kita belajar dekat Uni tak sama dengan dalam industri. Doakan aku agar dapat buat yang terbaik ye. InsyALLAH.

Dari Maxis bertukar ke Celcom

Salam. Aku merupakan pengguna Maxis yang setia since 2006. Macam-macam nombor bertukar tapi still Maxis. Aku ada jugak guna Celcom tapi as a second number. Aku punya setia dengan Maxis tapi Maxis layan aku macam gini. Sob sob..

Aku ada kehilangan blackberry pertengahan bulan 8 hari tu and aku ada bagitau yang aku dah amik balik nombor maxis yang sama tapi aku bertukar ke postpaid. Bila di pikir balik, elokla guna postpaid, aku nak bekerja. So aku just go on. 


Dah sebulan lebih guna postpaid Maxis ni, aku jadi tak puas hati. Contoh baru-baru ni, baru je sehari aku bayar bil, tetiba esoknya bil dah RM30++. Padahal aku tak guna mana pun. Aku siap call lagi untuk set internet. Petangnya aku tengok dah RM70++. What the?? Memang aku geram. Dah la line kat rumah aku ni nak dapat punya la susah. 1 bar pun susah!

Lepas bincang semua and atas suggestion mak cik and adik sepupu aku, aku decide nak tukar Celcom. Keputusan dah nekad emi kebaikan dan duit sendiri. Hehe..

Semalam, aku telah ke Celcom di Sg Chua, Kajang. Aku mintak nak tukar dari line Maxis ke Celcom but still guna nombor yang sama. Prosesnya free and cuma kene bayar bila aku nak tambah internet. RM38 untuk 1G. Maxis hari tu RM48 1G. Nampak tak sampai beza RM10 tu. Diorang bagitau proses makan masa dalam 2-3 hari sebab kene dapat approval Maxis dulu. Aku diberi sim kad baru Celcom.


But then malamnya aku dapat mesej untuk tukar sim kad. Apa lagi, terus la aku amik sim kad Celcom tu tukarkan. Cepat je prosesnya. On je, line full! Lega aku. Line internet yang aku set pun siap tulis 3G lagi. Nak harapkan waktu guna Maxis memang tak la. Siap dapat 50MB free lagi Celcom ni.

Seriously lega dah. Bukan apa, tepon penting. Nak-nak pulak nak keje ni. Korang, ada pengalaman cam ni??

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman