Monday, 16 September 2013

Tips menabung

Salam. Macam good-good je nak bagi tips segala bagai. Aku jumpa pic ni yang dikongsikan kawan dari istagram. So why not aku share something yang beneficial dengan uoolls.

Nak-nak semenjak nak bekerja ni, aku dah letak azam untuk menyimpan. Umur bukan muda lagi, 23 dah. Mana nak simpan untuk kahwin, beli kereta/rumah, tolong parents, sambung belajar.. Haisshh, banyak benda nak pikir ni.


1) Cari jalan untuk meningkatkan pendapatan
Kalau semata-mata bergantung dengan income bulan-bulan mungkin agak payah. Kalau duit gaji berkepuk-kepuk tu tak pe jugak. Sekarang ni paling senang and tak banyak modal, boleh buat business online. Kalau rasa susah nak keluar modal, boleh start dengan jadi dropship. Aku ada planning nak buat business tapi masih mencarik lagi produk apa yang sesuai and tunggu keadaan agak kukuh.

2) Cari jalan untuk kawal perbelanjaan
Untuk mereka yang pemboros macam aku memang agak payah. Tapi aku dah praktikkan benda ni. Dulu nafsu membeli aku macam syaitonnirrojim. Tapi kita kene pikir mana betul-betul keperluan kita coz sudahnya nanti diri sendiri jugak yang susah. Kalau rasa takut nak terbazirkan duit tu, jangan sibuk dok usha-usha shopping online or keluar cuci-mata. Tapi kalau ada duit lebih tu tak salah. Jangan sampai tak dapat have fun dengan diri sendiri pulak.

3) Disiplin diri dengan menabung di tempat yang sukar untuk mengeluarkannya
Kalau deposit duit dalam akaun simpanan yang boleh cucuk guna ATM card tu, almaklumnya memang cepatla  habis. Dalam sehari pun boleh habis. Nak saving dalam tu punyer payah. Bila keluakan macam air je duit tu habis. Aku ada buat akaun ASB dekat post office waktu study zaman diploma dulu. Duit yang aku simpan kat situ memang tak pernah dikeluarkan. Even setiap tahun pun akan dapat dividend. Bukan ke menguntungkan? Saving and investment. Nak keluarkan bukan senang. Nak pulak kene ke post office lepas tu paham-pahamla bila office hour.

4) Letakkan matlamat yang jelas untuk dicapai
Hidup mesti kene ada matlamat. Kalau tak, hidup ibarat dilambung ombak. Ececehh. Contoh letak kat diri sendiri, "Aku nak _____ dalam tempoh _____". Bila korang dah letakkan matlamat, mesti korang akan struggle untuk capai. Letak matlamat tu benda yang korang paling aim nak capai.

5) Menabung di tempat yang memberikan pulangan yang tinggi
Ada macam-macam instrument untuk investment sekarang ni. Tak kisah la you all nak guna secara Islamic mahupun conventional. Tapi seeloknya Islamic. Almaklumlah tuan blog Islamic banking. Harusla promote produk yang tak melanggar syariat. Aku planning nak buat ASB loan. ASB loan ni you all boleh target untuk berapa tahun you all nak. Let say 5 years for RM10,000. Setiap bulan you all akan deposit duit and every year you all akan dapat dividend. At maturity date meaning after 5 years, you all akan dapat RM10,000 tu. Senang kata la, korang boleh ke nak disiplinkan diri saving certain amount kat bank every month? Its hard kan? So dengan benda macam ni secara tak langsung tu mendisiplinkan kita. Benda tu memang nampak loan tapi saving jugak instead of it kan.

Jom kawan-kawan sama-sama kita amalkan. Kalau ada sesape nak tambah point pun dialu-alukan.

5 comments:

cik atie said...

ade yang advise, setiap bulan wajib simpan sekurang2nya 10% daripada gaji kita. selebihnya tu, belanja la ikut suka.. tapi kalo dapat simpan lebih, lagi bagus kan..

♥ Lia Abdillah ♥ said...

Lia dulu lame tinggal menabung ni, tapi now dh start balik menabung sbb senang kalo nk beli something,, tkdela susahkan parent sgt

Nina Mads said...

nice sharing.. selalu simpan duit raya dlm ASB :)
muda2 lg lah kena simpan duit. eh umur kita sebaya la :D

Fyra S. said...

Assalamualaikum.. Hai dear. Bagus sikap tuk menabung. About simpan duit dalam ASB. Ade Fyra nak komen sket je.. Memang bagus simpan kat ASB tapi untuk buat loan is not the very right thing. FYI keuntungan bukan pd mysara. tp bank. Cuba cari maklumat tentang kira2 berapa dpt if kita amek loan tuk ASB. dan satu lagi dear. keadaan sekarang ni tak ssuai. ekonomi negara kita hampir recession. semua barang mulai naik. jadi tak berbaloi. nak simpan if dari duit gaji masuk ASB. baru dpt rasa dividen nya. itu je :)

Anonymous said...

Salam. Loan ni untung. Sy bayar tuk tahun yg pertame je, dividen yg dpat, roll balik. Akhir tenure, dpat duit. Bgantung pd org, lg panjang loan lg jimat n lg panjang insurans. Wassalam.

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman